Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Melengkapkan Hariku

Tunggu punya lama akhirnya sampai jugak. Jenuh nak dapatkan setiap satu item yg dlm gambar tuh. Rasa macam tiga bulan jugak baru nak lengkap semuanya. Maklum jelah pesan barang yg semuanya luar negara, hanya pasrah menanti (tak tahu ada jugak jual dlm negeri). Harap dah luar negara tu kualiti pun cantek lah kan... Ha tu dia!!! Amende lah kan bertengkek-tengkek kat depan lensa kamera. Semua tuh penuras ND untuk ambil gambar dedahan lama pada kondisi siang hari. Yg lain tu, bentuk bulat2 tu, semuanya adaptor untuk pegang penuras pada tempatnya. Macam pro je kan... Wakakaka... Ada hari tak sampai apa pun. Ada hari mcm kelmarin kedebuk sampai secara pukal. Hambek kau tiga sekali sampai! Ke langit keterujaan itu tau! Yg ni bungkusan kedua, lensa kit untuk talipon pintar. Ada lensa untuk makro, ada untuk CPL... Yg paling aku feberet sudah tentu lah makro. Lawo baq anggg... Yg penting takde vignette. Ini baru makro... Lensa untuk sudut lebar pun menarik hatiku......

Sambutan Tiga Dalam Satu

Entri tertunda! Gambar semua dah masuk dlm HDD baru teringat nak hapdet pasal sambutan tiga dalam satu, 4 hb Ogos lepas. Maklumlah kesibukan di kala tahun dah nak merangkak ke hujung-hujung nih. Ada aje kerja yg datang, ada jugak yg terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Majlis dibuka oleh Encik Mazlan, bos kitorang. Selesai berucap semua pun dijemput menyerbu makanan yg dihidangkan.  Ada tiga atau empat menu disumbangkan oleh bos Mazlan yg selebihnya dari pihak hotel. Aku yg sibuk merakam momen majlis hanya ampit mana yg ada. Tak lanjut majlis ke acara berikutnya sudah langis makanan yg dihidangkan, korang tau tak! Sesambil makan tuh majlis sambutan hari jadi untuk staf ikut bulan dijalankan pulak. Memang jimat masa lah pakejkan terus jadi satu masa. Payah nak pilih tarikh yg tak sibuk masa-masa begini. Ni pun mujur ada satu acara dibatalkan. Kalau tidak majlis kita orang jadi majlis selit je lah. Worse, tangguh ke masa lain. ...

Seri Anjung Putatan

Minggu yg tak berapa siuk. Mujurlah ada jemputan makan free terhibur juga perot beta. Tengok line up org yg dijemput tuh hampir-hampir aku tak jadi pegi. Tapi bila dipikirkan peluang aku landed some photography job aku gagahkan aje. Bintang malam tu sudah tentulah Putatan Butter Mushroom nih. Enak hingga nak tambah dan tambah lagi. Ada tujuh atau lapan menu dihidangkan tapi kalau suruh pilih yg mana feberet sudah tentu lah ikan asam pedas nih. Duduk jauh-jauh makan dengan nasi putih panas panas pun dah cukup... Phewwww siap menitik air peluh lagi kannnn??? Restoran ni baru je bukak dlm 2 minggu. Encik Mazlan kata dia pun baru nak petakan kedai makan laut dia tu dlm google map. Dari lokasi mmg rasanya strategik. Tak perlu dah turun KK semata-mata nak puaskan nafsu makan makanan laut. Yg penting ditanggung halal!