Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

Albino

Orang kata dalam dunia ni, kita ada tujuh orang lagi yg seiras dengan kita. Betul ker? Bagaimana kalau kita di planet lain... Rasa-rasa wujud tak yg seiras dengan kita? Saintis kata ada satu planet bernama Kepler-452b yg berpotensi seperti bumi kita. Kalau ada hidupan, mesti ada seorang yg seiras dengan aku.  Planet Kepler-453b ni bukanlah dekat. Jarak ke sana sekitar 1,800 tahun cahaya bersamaan 30 tahun perjalanan. Lama nak sampai. Memang tak sempat jumpa la jawabnya. Bila aku kata seiras tu tak semestinya sepesen dengan aku. Dah nama alien kan. Mesti dia ada kejanggalan sedikit. Mesti versi aku di sana ada kelainan. Contohnya, albino. Jauh betul imaginasi aku ni.

Dugaan di Bulan Puasa

  "Tugas polis adalah untuk menjaga keamanan, bukan menjaga harta benda umum." Ah, sudah berceramah pulak pegawai penyiasat ni. Aku hadir ke balai ni untuk melaporkan percubaan mencuri kabel. Tiada kabel yg dicuri. Hanya percubaan. Tujuan aku buat laporan adalah untuk memaklumkan pihak polis agar dapat meningkatkan kesedaran sekitar kejiranan bahawa kejadian mencuri kabel di bulan puasa kembali aktif. Mendengar penjelasanku, cik Inspektor hanya mengangkat kening.  Sesambil bertanya perincian laporan, kami mula bertukar-tukar pandangan dan cerita. Perbualan makin rancak dan rupanya kami alumni UUM. Selisih beberapa tahun sahaja. Dulu dia duduk di Bukit Kachi. Sementara aku pula di Kolej TNB (sekarang panggil Inasis TNB). Tak tahulah apa hikmah kejadian ini. Titik perkenalan atau tanda waspada pencuri. Terserah lah.

Tart Nanas

 Tahun ini unik. Beraya dulu baru puasa. Dah raya dulu tu, biskut raya ada la terjual di rak-rak pasaraya. Aku pun terliur untuk mencuba tart nanas. Bolehlah harga rahmah sebalang RM11. Tak ingat berapa biji. Untuk makan seorang cukuplah. Tartnya okeylah peroi, tapi inti jem pula tawar. Tengok bahan-bahan, hurmm, patutlah murah pakai mentega dan minyak kelapa sawit jer. Pertama dan terakhirlah aku beli tu. Cerita tart nanas tak habis lagi ya. Dilanjutkan. Macam menarik pulak! Nafsu-nafsi termakan hasutan soiton maka aku belilah sebungkus. Kecewa dengan tart nanas kurang manis, ini pula kau bedal kan? Ini lagi haram rasa tart. Manis-manis markisa ada ler. Itu pun perisa tiruan aje agaknya.  Takperlah. Lepas puasa sebulan kita raya lagi. Kau melantak lah tart nanas yg kau jumpa nanti puas-puas. Jangan risau aku bagi rebiu sekali!

مسلسل لا إله إلا الله

Alhamdulillah bertemu dengan Ramadhan sekali lagi.  Bila Ramadhan datang ni... teringat dulu-dulu. Makanan tu dah tak ingat sangat dah. Tapi yg tak lekang diingatan, rancangan yg disajikan di TV. Ada satu siri Arab yg dialihsuara. Ditayangkan sepanjang bulan puasa.  Aku buh tangkap layar sahajalah kut-kut ada yg ingat. Siri penuh semua episod ni boleh jumpa di youtube. Rasa dah 15 tahun pun simpan senarai mainannya... Tapi tulah tak tertengok-tengok sampai sekarang. Bolehlah utk nolstagia... tapi sebutir pun tak faham. 35 tahun lalu menonton yg telah dialihsuara ke bahasa Melayu. Yg ini bahasa Arab, bahasa asal drama tu. Beberapa hari sebelum puasa, aku ada jumpa satu iklan jual siri ni dengan sarikata bahasa Melayu di sosial media. Mula tu teragak-agak jugak nak beli, tapi akhirnya akur juga. Masa ditayangkan dulu, ditayangkan sebelah petang pada pukul 4. Aku pulak sekolah sesi petang maka banyaklah episod tertinggal. Sabtu dan Ahad jelah dapat tengok. Siri ni ada diulangtaya...

Puyuh

  Adeh, dada ayam dah hampir sama saiz dengan sayap. Terkejut aku! Aku tak pernah secara rasminya boikot KFC tau. Tapi agak lama jugak aku tak makan gara-gara saiznya yg tecik ni. Ingat lagi masa awal2 PKP dulu, arwah Mazlan ada belanja kami KFC. Dia belikan seketul ayam, nasi dan stroberi Fanta. Itulah pertama kali aku makan KFC sejak sekian lama. Sedapnya lain macam wey. Sampai teringat-ingat. Adakah sedap sebab orang yg belanja?  Sama jugak mcm masa mendiang Imelda belanja KFC lepas kitorang cari fail kat opis. Lain macam sedapnya. Sehingga menjilat jari! Lebih hairan. Besar-besar pulak saiz dia dapat. Kalau aku pesan sendiri, saiz ayamnya menyedihkan! Sekali dua gigit habis ha. Ikutkan ni aku tak mau beli. Boleh je goreng sendiri. Bukan apa, goreng sendiri lagi puas. Meratah gitu je pun takpe. Dah namanya kepingin. Terpaksa jugak dituruti. Nanti kempunan, tersadung tunggul sendiri jugak yg susah. Mengadap lah kau saiz puyuh.

The Voice of Hind Rajab

Dalam talian, Hanood seorang budak perempuan Palestin berusia 6 tahun, berkali-kali merayu kepada pihak sukarelawan Bulan Sabit untuk menghantar org menyelamatkannya. Keadaan menjadi tegang bila usaha menyelamat tidak mendapat lampu hijau. Sukarelawan hanya mampu melengahkan masa dan meneruskan perbualan bagi menenangkan Hanood yg dalam ketakutan. Bila sudah mendapat lampu hijau dan seakan semuanya baik-baik sahaja. Penyelamat dibedil dan mereka terbunuh serta merta. Tidak lama selepas itu, sukarelawan terputus hubungan dengan Hanood.  Nasib Hanood hanya diketahui 12 hari kemudian selepas Israel berundur.  Keseluruhannya, para pendukung filem berjaya membuat penonton tak senang duduk. Tingkah dan suasana yg digambarkan membawa penonton untuk sama-sama ingin berbuat sesuatu. Jangan tanya aku nonton di mana... Hehe. Apa pun aku kongsikan beberapa tangkap layar dari filem. Dengar khabar filem ini kurang mendapat sambutan di Malaysia. Biasalah tu... faham sangat sebab filem ni buk...

KK Hop On Hop Off

Sembang-sembang beberapa hari lepas baru aku teringat dalam 4 bulan lepas aku ada cuba KK Hop On Hop Off. Kebetulan masa tu baru dilancarkan. Harga tiket pun tak mahal RM30 sahaja...  Dia ada dua titik permulaan... Aku naik dari KK Sentral. Yg satu lagi boleh naik di Wisma Inti Utama di Jalan Gaya. Ingat tiket beli kat kaunter di KK Sentral. Pusing punya pusing takde pun kaunter. Semak di halaman  KK Hop On Hop Off  kena beli atas talian. Mujur le mulut ringan bertanya orang di sana... Boleh beli terus di atas bas. Ini tengah transit di Wisma Inti Utama. Rehat sejam gitu... Nanti gerak lagi ke arah bertentangan. Masa ni dah panas terik terbakar. Boleh je duduk kawasan berbumbung namun kerana semangat yg membara aku biarkan diriku hangus. Menyempat jugak aku tuntut semangkuk cendol ais percuma di sini. Tunjuk je gelang tangan KK Hop On Hop Off. Beginilah suasana sekitar pasar besar Kota Kinabalu di atas KK Hop On Hop Off. Yakinlah aku tak bawak topi apa semua. Dah jalan j...

Duyung dan Rancangan

Sekadar imej janaan AI. Dalam hati tu ada jugak keinginan nak bergambar begini.  Ada diiklankan servis sewa ekor duyung dan bergambar macam ni di alam maya... Cuma tempatnya bukanlah di belakang rumah.  Di luar negara. Bercerita makan angin ke luar negara ni... Meski hanya ASEAN, macam belum lagi nampak bunga-bunganya. Ada cadangan, tapi awal2 jelah kau semangat membara. Bila yg mencadangkan tu kurang penglibatan, kau pun kussssss semangat. Kalau gaya begini. Bagus aku atur sendiri omel ku. Senang, tak payah nak fikir soal orang lain. Ngam cuti, ngam bajet... Terbang terus ke destinasi. Namun jauh di sudut hati aku rasa ada satu pelan yang bakal menjadi kenyataan. Aku kena bagi pelan "baik punya" ini menjadi dulu sebelum bisa travel lagi. Apa pelan itu... Aku tak pasti. Namun, hatiku menyuruh: TUNGGU. Trust the process , orang putih kata. Tunggu.

Walai, bai-bai

Kak Nur datang hantar kad jemputan kahwin anak buah dia. Menyempat la bertukar cerita. "Datanglah nanti bergambar... Besok-besok tempat ni dah rata." Orang datang bawa jemputan. Aku pulak sibuk suruh datang sini. Lima belas tahun. Banyak kenangan. Walai akan bakal dirobohkan. Cuma bila dirobohkan tu je tak tahu. Khabarnya nanti tapak ni akan dibuat hotel baru. Bertingkat. Berapa tingkat tu tak tahu lagi. Ada rancangan nak beli tanah sebelah pulak. Katanya tanah sekarang tak cukup luas. Bukan duit aku. Bukan rancangan aku. Kalau semua seperti yg dirancang... Alhamdulillah. Cuma itu jelah masalahnya. Entah bila mula beroperasi. Kita pun berapa tahun lagi nak melangkah ke pangkat 5.

Blues Untuk Aku (The Novel)

 "Saya dah nak sampai ni. Trak merah." Tak pernah-pernah SPX ni hantar laju tau. Pesan sebelum Subuh pagi Jumaat, sampai tengahari Ahadnya. Alhamdulillah selamat dibongkar. Puas hatilah dengan pembelian. Terima kasih Bekazon!  Nak tengok apa isi, jemputlah tengok Shorts ni:  Video Unboxing Aku tak mula baca lagi... sebab kena habiskan dulu buku-buku lain. Galak sungguh beli awal-awal kan? Apa pun hari ni tercatatlah sebuah sejarah yg aku akan kenang sampai bila-bila. Dah mula baca nanti aku ceritalah ya!