Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2026

Sarutobi Sasuke

Beberapa hari sebelum raya hari tu aku ada beli siri Jepun dalam talian. Dulunya popular di era 80an. Tapi memandangkan siri tu ditayangkan sebelah malam, maka aku tak dapat la menengok. No TV after 8pm, gitu. Ingat dulu tayang hujung minggu. Isnin tu kompem la berkumpul dengar kawan2 sekelas sembang. Walaupun yg aku beli ni bukan alihsuara, datang dengan audio asal bersarikata melayu, tapi seronok jugakla sebab dapat juga tengok. Cuma itulah yg spoil tu. Siri ni semuanya ada 17 episod. Aku malam tadi jangka akan sambung episod seterusnya episod 10. Tapi entah apa silapnya, aku tersalah bukak episod terakhir. Seronok2 layan eh, hero mati la pulak. Aik siri tak habis hero dah mampus. Apa punya siri ni? Nasib tak mengamuk aku! Habis layan, semak balik rupanya aku dah langkau banyak episod daaaa... Nasib betul lah kan! Nak tak nak terpaksa teruskan saja baki episod yg tak tertengok. Lain kali cek betul-betul jangan main tekan je.

2 Syawal 1447H

Aku di sini menaip, mengenang betapa melesetnya tekaan raya pada 20 haribulan. Malaysia termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia meraikan lebaran pada hari 21 haribulan. Ketawakan diri sendiri. Rancangan tak menjadi, aku pujuk hati dengan menjamu satu pek susyi ni. Bolehlah dibawa berbuka. Banyak, tak habis pun. Lepas pergi ambil pesanan buras di Jalan Takis, masih ada masa menyinggahlah kejap di bazaar. Rancangan tu beli apa yg patut utk berbuka. Balik nak masak, rasanya dah tak sempat. Tengok jelah keadaan jalan raya waktu-waktu petang begini. Yg boleh 20 minit boleh ke 40 minit.  Entah-entah jadi SEJAM! Aku tak beli apa. Sekali lalu. Yg dicarik tak jumpa, makanya aku takde selera nak beli apa2. Nak makan Martabak Jawa kena pegi Tawau lah nampaknya. Selepas je pengumuman tarikh 1 Syawal aku pun sediakan mental untuk esoknya. Apa yg diatur, dibuang ke tepi. 30 Ramadan dengan hati berat aku kembali bertugas (sebelah petang) sehingga 3 Syawal (ganti orang). Apa yg nak disedihkan pun...

I Love Sushi

  Menapak lagi aku ke mari. Kali ini dengan tujuan ke pameran I Love Sushi.  Macam biasa aku datang seawal boleh. Nak elak ramai orang. Kalau boleh tiada orang lagi bagus. Senang kita meronda-ronda dan merakam apa yg patut. Aku pada mulanya beranggapan susyi ni berasal dari Jepun. Rupanya ada sejarah panjang dan menarik sekali. Asal susyi jauh di perkampungan nelayan di Asia Tenggara sebelum mula diperkenalkan di Selatan China. Namun, susyi awal bukan seperti yg kita nikmati pada hari ini. Pada mulanya susyi merupakan teknik menapai ikan menggunakan nasi. Proses ini dibuat utk menghasilkan rasa unik pada ikan. Namun diakhir proses penapaian (biasanya mengambil masa berbulan) nasi, hasil proses ini akan dibuang. Lama-lama orang tidak buang nasi tu, tapi turut dimakan. Ketika era Edo di Jepun, susyi mengalami transformasi besar-besaran.  Memandangkan proses penapaian mengambil masa berbulan-bulan. Pembikin susyi mula mencipta sesuatu yg segera. Dari mempercepatkan proses pe...

Kenangan Menyapa

  Ada pulak kawan hantar gambar ni dalam grup wasap. Kecoh le sekejap. Semua selim-selim belaka. Dari kiri Izhar, Harry, Aku dan Rohaya. Aku cam la semua pun. Gerenti. Cuma dah tak ingat bila, di mana dan siapa ambil gambar. Boleh berteka-teka jelah bila. Mungkin gambar ni diambil sekitar 2000an. Kira-kira 20 tahun yg lepas masa duk mengaji lagi di UUM. Lokasi kalau ditengok dari gambar boleh lah agak di mana. Epot lama di Kepala Batas. Sekarang dah epot baru, besar sikit dulu kecik jer. Kawan ada duk teka la mungkin sebab tengok pakaian kerja semua kecuali aku. Depa duk hantar aku ke epot balik Sabah ler kut. Benda lama baru muncul. Terkejut. Tak sangka ada bergambar bersama! Kepada yang berkongsi gambar ni. Terima kasih sesangat. Entah bilanya mereka berempat ni boleh bergambar bersama lagi?

Lahar & Lava

  Habis juga ku radu. Meski tertera nama penulis yg berbeza, masing-masing terbitan 2013 (kanan) dan 2026, kita boleh tebak sendiri-sendiri yg buku elektronik ini hasil nukilan orang yg sama. Syafiq Naqman ni membentangkan teori bahawa Yakjuj dan Makjuj (disebut dua kali dalam al-Quran) adalah unsur alam semulajadi seperti lahar atau lava bukannya dua bangsa jahat yg muncul di akhir zaman. Penulis Yakjuj dan Makjuj: Api Disebalik Penutup Besi, turut berdiskusi tentang watak Zulkarnain yg namanya terkait dengan Yakjuj dan Makjuj. Dia berpendapat, tokoh yg hidup dalam sejarah menyerupai Zulkarnain adalah... Raja Khosrou I. Seorang raja Parsi agung yg hidup sehingga keputeraan nabi Muhammad yg ke-9. Raja ini sangat terkenal dikalangan orang Arab. Beliau percaya Zulkarnain tidak membina benteng untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj (lahar dari gunung berapi lumpur) tetapi sebuah PENUTUP BESI BERSADUR TEMBAGA yg mengekang keluar letusan lahar. Penulis yakin penutup ini masih ada.  Meng...