Beberapa hari sebelum raya hari tu aku ada beli siri Jepun dalam talian. Dulunya popular di era 80an. Tapi memandangkan siri tu ditayangkan sebelah malam, maka aku tak dapat la menengok.
No TV after 8pm, gitu.
Ingat dulu tayang hujung minggu. Isnin tu kompem la berkumpul dengar kawan2 sekelas sembang.
Walaupun yg aku beli ni bukan alihsuara, datang dengan audio asal bersarikata melayu, tapi seronok jugakla sebab dapat juga tengok.
Cuma itulah yg spoil tu.
Siri ni semuanya ada 17 episod. Aku malam tadi jangka akan sambung episod seterusnya episod 10.
Tapi entah apa silapnya, aku tersalah bukak episod terakhir.
Seronok2 layan eh, hero mati la pulak.
Aik siri tak habis hero dah mampus. Apa punya siri ni? Nasib tak mengamuk aku!
Habis layan, semak balik rupanya aku dah langkau banyak episod daaaa...
Nasib betul lah kan!
Nak tak nak terpaksa teruskan saja baki episod yg tak tertengok. Lain kali cek betul-betul jangan main tekan je.

Ulasan
Catat Ulasan