Langkau ke kandungan utama

Lahar & Lava

 

Habis juga ku radu.

Meski tertera nama penulis yg berbeza, masing-masing terbitan 2013 (kanan) dan 2026, kita boleh tebak sendiri-sendiri yg buku elektronik ini hasil nukilan orang yg sama.

Syafiq Naqman ni membentangkan teori bahawa Yakjuj dan Makjuj (disebut dua kali dalam al-Quran) adalah unsur alam semulajadi seperti lahar atau lava bukannya dua bangsa jahat yg muncul di akhir zaman.

Penulis Yakjuj dan Makjuj: Api Disebalik Penutup Besi, turut berdiskusi tentang watak Zulkarnain yg namanya terkait dengan Yakjuj dan Makjuj. Dia berpendapat, tokoh yg hidup dalam sejarah menyerupai Zulkarnain adalah...

Raja Khosrou I. Seorang raja Parsi agung yg hidup sehingga keputeraan nabi Muhammad yg ke-9. Raja ini sangat terkenal dikalangan orang Arab.

Beliau percaya Zulkarnain tidak membina benteng untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj (lahar dari gunung berapi lumpur) tetapi sebuah PENUTUP BESI BERSADUR TEMBAGA yg mengekang keluar letusan lahar.

Penulis yakin penutup ini masih ada. 

Mengambil kira kawasan jajahan Raja Parsi ini, Syafiq Naqman membuat spekulasi lokasi penutup itu sekarang.

Dalam buku pertama, beliau mencalonkan lokasi antara dua gunung berapi kembar di Azerbaijan. Sementara dalam buku kedua pula dia mencadangkan lokasi yang berada di dua buah gunung berapi kembar di Turki.

Dia percaya pada akhir zaman, penutup ini akan musnah dan manusiawi bakal dilanda bencana letusan gunung berapi mega (supervalcano).

Bagi aku, aku terima logik akal Syafiq Naqman ni yg Yakjuj dan Makjuj bukanlah kaum atau bangsa manusia.

Adalah mustahil untuk membina benteng mahupun tembok untuk menghalang sekumpulan manusia dari menceroboh kawasan lain.

Kalau tidak percaya. Cuba kamu kaji maksud Yakjuj dan Makjuj itu sendiri.

Begitupun teori ini masih boleh diperdebatkan.

Aku sendiri bila baca teliti ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Kahfi tu merasakan yg kisah itu sudah berlalu. Ia sekadar sebuah pengisahan dan sebetulnya tiada aspek ramalan pun di dalamnya.

Apatah lagi amaran.

Makna kata, apa pun penutup yg dibina tidak dapat bertahan lama selamanya. Ia hanya dapat menampung lahar pada suatu tempoh sahaja. Tak pasti untuk berapa lama tapi tidaklah sampai ribuan tahun. 

Jadi dalam pemahaman aku, tiada gunung berapi mega yg diramalkan dalam al-Quran memusnahkan dunia.

Akhirat itu pasti. Kemusnahan memang akan menyusul. Tapi ayat itu tidak meramalkan apa2.

Perlu diingat, hampir setiap hari ada gempa dan juga letusan gunung berapi diseluruh dunia. Apatah lagi negara seperti Azerbaijan yg diberi julukan Land of Fire.

Sisa penutup mungkin masih ada. Jika tidak ditelan oleh lahar.

Selain itu aku sedikit musykil juga dengan anutan, Raja Khosrou I. Seperti sedia maklum raja-raja parsi beragama Majusi.

Walaupun diketahui penganut agama majusi itu percaya pada satu tuhan yg dipanggil Ahura Mazda. Apakah tauhidnya sama seperti Islam?

Sepertinya tokoh Zulkarnain yg digambarkan dalam al-Quran seorang yg beriman. Itu sebab Allah memilihnya.

Buku elektronik khususnya terbitan 2026 (yg 2013 sudah dihentikan penjualan seperti yg dimaklumkan oleh penerbit) boleh didapatkan di Klikjer.com

Bacalah dulu, kut-kut kita boleh berbahas tentang hal ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...