Beberapa hari sebelum raya hari tu aku ada beli siri Jepun dalam talian. Dulunya popular di era 80an. Tapi memandangkan siri tu ditayangkan sebelah malam, maka aku tak dapat la menengok. No TV after 8pm, gitu. Ingat dulu tayang hujung minggu. Isnin tu kompem la berkumpul dengar kawan2 sekelas sembang. Walaupun yg aku beli ni bukan alihsuara, datang dengan audio asal bersarikata melayu, tapi seronok jugakla sebab dapat juga tengok. Cuma itulah yg spoil tu. Siri ni semuanya ada 17 episod. Aku malam tadi jangka akan sambung episod seterusnya episod 10. Tapi entah apa silapnya, aku tersalah bukak episod terakhir. Seronok2 layan eh, hero mati la pulak. Aik siri tak habis hero dah mampus. Apa punya siri ni? Nasib tak mengamuk aku! Habis layan, semak balik rupanya aku dah langkau banyak episod daaaa... Nasib betul lah kan! Nak tak nak terpaksa teruskan saja baki episod yg tak tertengok. Lain kali cek betul-betul jangan main tekan je.
Aku di sini menaip, mengenang betapa melesetnya tekaan raya pada 20 haribulan. Malaysia termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia meraikan lebaran pada hari 21 haribulan. Ketawakan diri sendiri. Rancangan tak menjadi, aku pujuk hati dengan menjamu satu pek susyi ni. Bolehlah dibawa berbuka. Banyak, tak habis pun. Lepas pergi ambil pesanan buras di Jalan Takis, masih ada masa menyinggahlah kejap di bazaar. Rancangan tu beli apa yg patut utk berbuka. Balik nak masak, rasanya dah tak sempat. Tengok jelah keadaan jalan raya waktu-waktu petang begini. Yg boleh 20 minit boleh ke 40 minit. Entah-entah jadi SEJAM! Aku tak beli apa. Sekali lalu. Yg dicarik tak jumpa, makanya aku takde selera nak beli apa2. Nak makan Martabak Jawa kena pegi Tawau lah nampaknya. Selepas je pengumuman tarikh 1 Syawal aku pun sediakan mental untuk esoknya. Apa yg diatur, dibuang ke tepi. 30 Ramadan dengan hati berat aku kembali bertugas (sebelah petang) sehingga 3 Syawal (ganti orang). Apa yg nak disedihkan pun...