"Tugas polis adalah untuk menjaga keamanan, bukan menjaga harta benda umum."
Ah, sudah berceramah pulak pegawai penyiasat ni. Aku hadir ke balai ni untuk melaporkan percubaan mencuri kabel.
Tiada kabel yg dicuri. Hanya percubaan.
Tujuan aku buat laporan adalah untuk memaklumkan pihak polis agar dapat meningkatkan kesedaran sekitar kejiranan bahawa kejadian mencuri kabel di bulan puasa kembali aktif.
Mendengar penjelasanku, cik Inspektor hanya mengangkat kening.
Sesambil bertanya perincian laporan, kami mula bertukar-tukar pandangan dan cerita.
Perbualan makin rancak dan rupanya kami alumni UUM. Selisih beberapa tahun sahaja. Dulu dia duduk di Bukit Kachi. Sementara aku pula di Kolej TNB (sekarang panggil Inasis TNB).
Tak tahulah apa hikmah kejadian ini. Titik perkenalan atau tanda waspada pencuri. Terserah lah.

Ulasan
Catat Ulasan