Alhamdulillah bertemu dengan Ramadhan sekali lagi.
Bila Ramadhan datang ni... teringat dulu-dulu. Makanan tu dah tak ingat sangat dah. Tapi yg tak lekang diingatan, rancangan yg disajikan di TV.
Ada satu siri Arab yg dialihsuara. Ditayangkan sepanjang bulan puasa.
Siri penuh semua episod ni boleh jumpa di youtube. Rasa dah 15 tahun pun simpan senarai mainannya... Tapi tulah tak tertengok-tengok sampai sekarang.
Bolehlah utk nolstagia... tapi sebutir pun tak faham. 35 tahun lalu menonton yg telah dialihsuara ke bahasa Melayu. Yg ini bahasa Arab, bahasa asal drama tu.
Beberapa hari sebelum puasa, aku ada jumpa satu iklan jual siri ni dengan sarikata bahasa Melayu di sosial media.
Mula tu teragak-agak jugak nak beli, tapi akhirnya akur juga.
Masa ditayangkan dulu, ditayangkan sebelah petang pada pukul 4. Aku pulak sekolah sesi petang maka banyaklah episod tertinggal. Sabtu dan Ahad jelah dapat tengok.
Siri ni ada diulangtayang jugak, Jumaat tak silap sekitar pukul 11pagi. Tapi itu pun susah nak ada masa mengadap. Ada saja halangan.
Itu sebab terbang RM30 pun NO PROBLEM. Demi nolstagia.
Ingat nak nonton satu episod sepanjang bulan puasa. Tapi dah menonton beberapa episod lebih awal.
Nontonlah dulu. Kita pun kadang tak tahu ada masa ke tak.
SELAMAT BERPUASA!






Ulasan
Catat Ulasan