Langkau ke kandungan utama

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai.

Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini.

"Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar."

Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita.

Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar?

"Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?"

Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah.

"Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!"

Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan!

Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak rasa penampar.

"Kami ni dah byk kali check in hotel..."

Aku tak tau dia nak imply apa dgn buat statement mcm tuh sbb mulut aku laju aje memotong dia, "Saya pun dah byk kali kasi check in kan orang puan..."

Ayat-ayat berikutnya terpaksa aku telan biarpun pahit bernoktah di situ. Ikutkan hati nak je cakap... Inilah kali pertama, guest yg cuai hilangkan baucar sarapan yg telah diserahkan spjgn-pjgn kerjaya aku selama tiga tahun di sini.

Aku mungkin takde lah nak biadap sangat. Cuba jugak bercakap berlapik. Tapi makin dijelaskan semakin mengada-ngada bunyinya. Macam lah kau kaya sangat, gitu.

Aku faham jugak ko makcik tua, dissappointed sbb dah datang awal2 lagi utk membuat pembayaran bilik. Tapi kau harus ingat ya makcik... Itu bermakna aku ada byk masa utk prepare ketibaan korang.

Yg dihantar pergi check in... Alahai... Budak-budak hingusan yg aku rasa mcm nak hempuk aje.

Kedengaran di belakang suara2 dihujung talian menafikan mereka menerima baucar. TIADA! TIADA!

"Anak-anak saya tuh sudah besar. Dah ada akal.", tambah makcik tu lagi cuba menegakkan benang yg basah.

Masuk mahkamah pun kau tetap kalah makcik... Anak2 ada akal... Mak dia lagi ada akal. Tak cukup dgn adik dia yg ngaku ada pakcik, tengku, makcik ni pulak tak pasal2 nak suh bukak CCTV. Semata-mata nak tengok aku ada serahkan baucar tu ke tak?

Pengurus aku kata, JANGAN DILAYAN!

Utk makluman, hotel kami prosidurnya berbeza. Setiap baucar tak boleh diisu dua tiga kali sebab ada running number. Kalau kau hilangkan, makanya kau makan jari. Kalau tak suka makan jari, elok kau jaga bebaik baucar bekpes tuh.

Ulasan

  1. OMG tolonglah! Kenapa tak check the day before? Pagi baru terkocoh2 carik voucher bagai..mmg layak makan penampar!

    Betul kata Puan Atica, jangan dilayan orang yang sewel. Kang tak pepasal otak yang centre pun berpusing 360 darjah.

    Nasib bukan aku yang kena. Kalau tidak, adalah yang makan kertas jadi breakfast tu.

    BalasPadam
  2. Itu pasal... itu yg first dia ty kmrn dgn anak2 dia... tp x dpt katany. Kunci sajork. Dah tu x plak awal2 hubungi fo. Ty how... dtg2 kaunter mcm mo tetak org. Klu elok tebiat tadi sejuk jhk ht nk arrange mcm mn... tp ni alahi tak kn rupa nk lagak samseng. Ko pk aku nmpk sweet 18 -iklan jap- ko ble gertak aku?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...