Langkau ke kandungan utama

Urut Dada Banyak-Banyak

Kadang-kadang pelik jugak bila aku buat sesuatu keputusan. Acap kali tidak bersandarkan maklumat lengkap dan dalam byk hal bergantung semata-mata dengan rasa gerak hati.


Aku tak le kata aku ni hebat. Main rasa-rasa aje dah tau buruk baik sesuatu. Sekurang-kurangnya aku boleh mengelak dari melalui pengalaman yg tak sepatutnya. Contohnya macam terpaksa tidur bilik ala dorm utk kursus yg aku sepatutnya hadiri dlm minggu ini.


Atau terpaksa berkongsi toilet ramai-ramai mcm ni? Sebetulnya aku tak sanggup melalui pengalaman begini. Kalau dekat dgn rumah okay jugak. Ni jauh nun di Kundasang sana.


Tak tau lah di mana silap penganjur kali ni. Kalau dirujuk dalam surat tawaran peserta patutnya dapat bilik "Twin Sharing". Alih2 yg pergi kena duduk berkongsi bilik ramai2. Si kawan dapat jugak bilik mcm dlm gambar yg last. Cuma bukan utk menginap utk guna tandasnya saja.

Si kawan bilang, tandasnya banyak rosak itu pasal kena pakai bilik ni.

Tak tau lah nak komen apa...

Ulasan

  1. Tempat ni memang legend..selalu guests komplen. Tandas rosak, air selalu takdok, tak comfortable..and dont get me started with the foods! Pendek kata tak berbaloi. Enough said.

    BalasPadam
  2. tak kabo pun samer kite... sib baik tak pegi.

    BalasPadam
  3. Eh....takde ek? Macam ada la. Ke...aku cakap kat orang lain? *garu kuku kaki*

    BalasPadam
  4. ko ada mention pasal selalu takde air je lah. yg lain2 tu takde pulak... hew3x.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...