Langkau ke kandungan utama

Mari Bertukar Menjadi Robot


Kecil hati tau!

Sangat-sangat kecil hati hari ni. Rasa seperti dianaktirikan je. Kita bayar tiket jugak tau. Tak kurang pun seposen. Tapi alih2 ini aje yg ada.

Itu pun syukur ada cardboard Dinobots ni. Kalau tak bergambar dengan poster jelah mcm Maleficent awal bulan ni.

Dah tu letak pulak selepas pintu masuk semak tiket, tempat orang lalu lalang. Haish tebal muka kejap menghalang laluan orang.

Yg aku kccil hati ni bukan apa. Nun di 1B sana, siap ada replika Bumblebee lagi. Bukan main besar badak. Yg kat sini, ini je yg ko bagi.

Apa pun hari ni tak bermula dengan baik. Hampir2 aku lambat sampai. Nasib baik dengan kuasa Superman yg aku ada. Dapat jugak aku meluncur laju meninggalkan bas lidut di belakang.

Badan aku pulak, seram2 sejuk. Berfikir dua tiga kali jugak nak pergi ke tidak pagi tadi. Kalau takde Mbak Linda tadi kompom lah aku terlantar di atas katil.

Cermin mata tuh bukan utk bergaya ekceli. Nak cover mata kiri yg bengkak sedikit.

Fikir-fikir balik, elok jugak aku tak amek tayangan tengah malam. Rancang2 ada jugak mcm tuh. Tapi bila dah siap tengok citer ni... Hurmmm... Aku jamin ada jugak yg berkuruh dalam panggung.

Half of the time, aku selalu aje terbabas dari jalan cerita. Bangunan itu hancur. Robot itu hentam robot ni. Sana sini rosak. But the whole thing mcm tak membantu pengembangan cerita.

Bukan saje tak membantu... Dragging the whole story.

Dragging punya pasal... Mcm numb bontot aku duduk cuba utk catch up story.

Harap aku tak kena baling telur busuk oleh peminat2 Transformer lah yea lepas baca rebiu aku ni.

Selepas tengok empat filem Michael Bay ni aku salute ko. Ko mmg pro bab2 destruction nih. Aku tau CGI... Tapi serius nampak real! But next time... Please lah... No more chaos! But more to story!

Ulasan

  1. If only 1B tu dekat boleh jalan kaki, kompom cantik gambar kita dengan Bumble Bee kan kan kan?

    BalasPadam
  2. bukan lagi cantek... meletop terus... silap2 beribu LIKE... *berangan*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...