Langkau ke kandungan utama

Jangan Tak Datang Tau!

Pikir dah selesai, rupanya drama baucar sarapan tu ada sekuelnya.

Alkisah si makcik masih tidak berpuas hati. Cerita dah mula bertokok tambah, gertak makin mengganas nampak gayanya. Dari perbualan pengurus dgn makcik tu, aku dpt tahu aduan rasa tidak puas hati beliau telah dilanjutkan ke pihak KPDN.

Konon nak tunjuk dia pengguna berintelek lah. Pengguna yg tahu hak dia... Hakikatnya? Sama aje bodohnya.

Nak puaskan hati si makcik, pengurus aku berjanji utk membuka rakaman CCTV.

Apa rakaman kata?

Cukuplah aku kata, rakaman memihak kepada aku. Pengurus memberi sokongan sepenuhnya.

Apa pulak kata si makcik?

Sekejap tadi she was so sure... Now she wasn't so sure.

Wahai makcik budiman, beserta anak2 ko yg besar dan berakal tuh. Sila datang dan lihat sendiri rakaman.

Tak cukup besar kita zum.

Kalau nak copy rakaman bawak balik nak analisa bagai, Boleh! Tapi jangan lupa bawak pendrive.

Teliti betul2 three stooges mana yg kutip kunci. Three stooges mana yg ambil baucar sarapan.

Apa tak dpt dtg? Makcik kat Keningau?

Esok boleh datang, makcik. Saya teringin sangat nak tengok reaksi muka kau bila tengok three stooges mana yg bedebah kata aku tak bagi baucar.

Datang yea makcik... Kami alu-alukan sangat kedatangan makcik.

Ingat tu datang jangan tak datang.

Ulasan

  1. So..ada aku kesah bapak sedara kau TENGKU? Tengku hapa? TENGKURAK KAU! hahahahha!

    Siap ugut & report bagai. Sekarang siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka...hiks!

    Tamakkan sangat breakfast, akhirnya malu yang dapat. Padan muka!

    BalasPadam
  2. Setakat belum ada byg dia datang mo tgk rakaman cctv tuh... malu agaknya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...