Langkau ke kandungan utama

Rehat-rehat Gitu


Trep hot duluk sblm pegi kedai kalink... Wakakaka...

Cuti tiga hari ni macam tak terasa. Sedar-sedar dah kerja hari ni.

Sepanjang cuti aku habiskan masa tuk qodok tidur aje. Kalau tak tidur aku duk layan DVD dan BD. Nak ajak kengkawan keluar, semua masing2 kerja pulak.


Macam biasa balik kerja bungkusan lah yg aku tuai. Ni patutnya boleh sampai sblm aku cuti. Ntah mana silapnya, tetap jugak sampai masa aku dah balik bercuti. Nak fedap pun tak guna. Asal barang sampai okaylah.


Sebelum bercuti ada jugak aku diminta utk design banner... Bila sampai pagi tadi aku tengok mcm takde pulak. Agaknya tak jadik lah kot. Yg ni pun hokay hape? Tak byk kos sgt...

Hari ni semua urusan daftar keluar berjalan lancar. Tak sakit hotak haku. Harapnya esok lusa - bisnes dijangka slow - akan berlarutan lah. Nak tarik nafas rehat. Lelah ujung tahun lepas tak habis lagi. Mana lagi penat tahun ni. Macam nak apply lagi cuti...

Tapi tak perlah. Memandangkan tak sibuk. Kita simpan satu utk Transformer yg bakal rilis ujung bulan nih.

Suka jugak aku maklumkan yg aku tolak tawaran jadi Tecnical Advisory Committee utk Kolej Harina.

Jangankan tuh tawaran kursus Implementation of Social Skills & Social Values in NDTS bertempat di Kundasang selama 5 hari pun aku tolak jugak.

Malas dah nak bersakit kepala... Simpan tenaga utk bulan puasa plak. Ada apa bulan puasa ni?

Pikir nak berjinak-jinak bisnes plak... Kalau jadilah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.