Langkau ke kandungan utama

KK Hop On Hop Off

Sembang-sembang beberapa hari lepas baru aku teringat dalam 4 bulan lepas aku ada cuba KK Hop On Hop Off. Kebetulan masa tu baru dilancarkan. Harga tiket pun tak mahal RM30 sahaja... 

Dia ada dua titik permulaan... Aku naik dari KK Sentral. Yg satu lagi boleh naik di Wisma Inti Utama di Jalan Gaya.

Ingat tiket beli kat kaunter di KK Sentral. Pusing punya pusing takde pun kaunter. Semak di halaman KK Hop On Hop Off kena beli atas talian. Mujur le mulut ringan bertanya orang di sana... Boleh beli terus di atas bas.


Ini tengah transit di Wisma Inti Utama. Rehat sejam gitu... Nanti gerak lagi ke arah bertentangan. Masa ni dah panas terik terbakar. Boleh je duduk kawasan berbumbung namun kerana semangat yg membara aku biarkan diriku hangus.



Menyempat jugak aku tuntut semangkuk cendol ais percuma di sini. Tunjuk je gelang tangan KK Hop On Hop Off.



Beginilah suasana sekitar pasar besar Kota Kinabalu di atas KK Hop On Hop Off. Yakinlah aku tak bawak topi apa semua. Dah jalan jauh sikit ke Tanjung Lipat baru padan muka kepanasan. Sekarang ni kena berkurung lah dalam gua nak bagi cerah balik.

Memandangkan aku tak singgah mana-mana jadi trip aku berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Mula tadi sepatutnya pukul 9 pagi... Tapi tak tau lah.... Bas lambat sampai. Sekitar 9.30 baru muncul.

Jangan ambil hari Isnin mcm aku... sbb ada satu lokasi, Galeri Sabah tutup pada hari Isnin. Jadi nak cuba servis ni aku nasihatkan ambil pada hari lain. Rasa rugi pulak hari tu sbb dia skip yg ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...