Langkau ke kandungan utama

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya.

Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau!

Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang.

Satu destinasi tu adalah Bangkok.

Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan.

Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya).

Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?)

Chiang Mai, Thailand. 

Chiang Mai ni terletak di sebelah utara Thailand. Oleh kerana Chiang Mai ni terletak di tanah tinggi ia diberi julukan sebagai bumbung Thailand. Di sini ada musim sejuk tau dalam bulan Disember ke Januari.

Yg menarik tuh ada musim bunga sakura mengembang!

Membutang mata aku tengok video org menikmati sakura mengembang! Nak tengok bunga sakura mengembang dah tak payah pergi Jepun atau Korea. Pergi aje Chiang Mai dengan belanja sudah tentunya jauh lebih murah.

Seronok tak seronok tuh? Sudah tentulah kan... Menikmati musim sakura mengembang tuh dah mmg jadi impian. Tapi tu lah tak boleh sembarangan hari. Sakura tuh mengembang hanya dua minggu dalam setahun.

Sudah pun begitu aku masih belum kunci Bangkok atau pun Chiang Mai lagi sehinggalah Adhie cadangkan ke Krabi.

Krabi??? Kenapa aku tak fikir sebelum ni???

Tak payah nak yakinkan aku, sebut aje aku pun setuju! Lagipun Krabi mmg salah satu tempat yg aku terhengen nak lawat. Tak silap aku ada citer di sini (dan2 pegi search tadi).

Menontong cerita THE BEACH lakonan Leonardo Dicaprio membikinkan aku tergiur ke sana. 

Terpesona dengan penemuan sebuah teluk dara yg berpasir putih, berlaut biru, hati aku terpanggil utk ke Krabi.

Of cos tempat yg aku nak pegi tuh sekarang dah tak berapa nak dara, sesak dengan pelancong. Tambah-tambah lagi selepas THE BEACH ditayangkan.

Tahun 2015 tu aku tak pilih Krabi sebaliknya ke Bali. Satunya sebab adik aku ke Krabi, jadi aku pilih Bali yg mereka suami isteri belum pergi.

Tiket penerbangan dan penginapan apa semua tu belum beli lagi lah. 

Atas sebab-sebab yg aku tak jelas lagi, aku tidak mahu membuat pembelian awal mcm ke Siem Reap hari tuh.

Bulan nak pergi tuh bagaimanapun dah dipersetujui lah. Yg aku perlu fikir skrg apa yg aku kena bawak nanti.

Dari tahun ke tahun aku makan hati tak dapat terbangkan deron semasa melancong, kali ni tiada alasan dah.

Deron yg aku ada skrg tak sesuai utk dibawa melancong. Besar gedabak, satu beg dia je dah banyak makan ruang.

Pilihan aku utk deron ada dua jelah: Spark atau Mavic.

Spark baru je rilis tahun ni direka khas untuk pengguna yg tak berapa pandai ke pandai sedikit terbangkan deron. Selain saiznya yg sebesar telefon pintar, kebolehannya shut sendiri tanpa dikawal menarik hati aku untuk beli.

Tahap aku ni dah atas sedikit dari pengguna biasa. Seperti semua sedia maklum aku suka bikin video. Jadi aku perlu sedikit kontrol tentang apa yg aku nak kongsi. Mavic yg boleh muat dalam beg galas biasa memberikan pengguna macam aku kawalan tentang pengredan warna video.

Alah macam kamera boleh shut RAW, video pun boleh shut profil yg flat supaya kau boleh godek kemudian ikut color yg ko suka.

Mahu tak mahu, nampaknya Mavic lah pilihan aku nih. Mavic pun dah ada versi baru skrg nih... Dulu Mavic Pro... Skrg Mavic Pro Platinum pulok...

Mana-manalah asal boleh muat dlm beg kecik aku on ja.

 

Sebelum beli tu kita berangan dulu lah ya... Terima lah video Ku Sedia nyanyian Ella dari album terbarunya Peace Love Rindu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...