Langkau ke kandungan utama

Krabi Aku Datang!

Dari tajuk dah tau nak citer apa kan? Sudah tentulah pasal perancangan percutian tahun depan. Ewah awal gitu.

Tu lah semalam nampak promo Airasia ke bermacam destinasi terus wasap kengkawan. Giler kau tak teruja tengok harga cantik mcm tuh.

Kalau sebelum ni beli aje bila-bila asal dapat ke destinasi yg nak ditujui (lagak org kaya), kali ni lain sikit sebab target tiket murah bila promo datang.

Awal tu anggaran bajet seorang mau-mau jugak rm800 untuk pergi balik termasuk penginapan. Skrg dah dpt harga promo harap2 boleh potong kos separuh.

Belum lagi dapat total penuh sebab tiket yg kami beli nih utk KL-Krabi pergi balik. Itu baru rm140, jadi harapnya tiket KK-KL murah lah sikit kan... tawaran yg ada skrg pun dlm rm129... Balik je dpt harga tuh... Pergi dalam rm200 lebih...

Tak boleh jadi ni... Kena tunggu lagi harga turun.

Dah beli tiket maknanya tarikh pergi tuh dah ada. Dlm keriuhan tgk harga murah, kol Siti, kol Adhie, kami pun sepakat utk memilih percutian kami selama 4 hari 3 malam di Krabi, awal bulan September 2018.

Harap2 cuaca mengizinkan ya. Sebab kali ni mcm aku cakap dlm entri sebelum2 ni aku nak bawak dron.

(tutup mata) Amin.... Hehehe...

Rugi wei pergi jauh2 tak boleh shoot pemandangan pulau dengan air laut kebiruan tuh.

Ni belum pergi lagi. Baca belog org pun aku dah mcm nak melompat dari kerusi.

Satu langkah dah siap. Langkah2 berikutnya akan aku hadapi dengan tenang sambil pikir2 kos.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.