Langkau ke kandungan utama

Siri 4

Sedar-sedar tinggal bbrp bulan lagi nak habes 2017. Masa awal tahun dulu rasa macam oooohhh lamanya lagi. Sekarang dah tinggal tiga bulan.

Hujung tahun macam biasa, birthday aku dah dekat. Kurang sebulan lagi ke November, membilang hari bak kata orang, aku bakal menginjak usia ke siri 4.

My day

Aku ingat masa sekolah dulu2, tingkatan 4 atau 5 masa tuh,  pernah tertanya-tanya 10 tahun dari hari tu di mana agaknya kami berada.

Tidak seperti dalam filem, watak-watak dalam cerita aku ni tak bersama selepas 10 tahun kami bertanyakan soalan tuh.

Tiada aktiviti kenang mengenang. Tiada reunion.

Kalau ingatan aku betul, 10 tahun selepas tuh aku masih di Kedah, bergelut dengan tesis atau pun dalam proses menunggu untuk dipanggil Viva Voce.

Up to that point, rasanya hidup aku macam telah diatur. Dan sampai skrg pun aku rasa begitu.

Dah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku takde apa yg nak dirungutkan. Syukur, Alhamdulillah, semuanya baik sahaja.

Berbalik kepada soalan yang awal tadi, agaknya apa yg aku akan buat dalam 10 tahun akan datang?
The best way to predict future is to create it.
Aku skrg pun sedang mempersekolahkan diri dalam bbrp bidang yg aku minat. Menyedari yg aku tidak akan selamanya makan gaji dalam bidang perhotelan aku gilap apa-apa bakat yg ada.

Tidak dinafikan, mmg ada org tawarkan untuk buat, minta sebut harga, berapa aku cas tapi semuanya terpaksa aku tolak sebab alatan yg ada masih belum mencukupi sementelahan pula ilmu di dada masih cetek.

Buat masa ni, untuk suka-suka boleh lah. Ini kalau dah sampai tahap untuk merakam momen bersejarah orang rasanya masih terasa berat utk dipikul.

Dapatnya yg aku bikin tak kena citarasa, rosak kenangan orang.

Namun jauh di sudut hati, aku tahu aku sedang menuju ke arah itu.

Aku pun tak selama-lamanya boleh menolak permintaan kawan-kawan. Kena jugak push diri sendiri untuk menjadi yg lebih baik dari yg semalam dengan apa yg ada.

Bayangkan 10 tahun akan datang aku masih terus berkarya di sini. Berceloteh bercerita yg 10 tahun dulu aku berangan-angan menjadikan hobi masa senggang sebagai pekerjaanku.

Tiada yg lebih seronok di dunia ni kalau dapat buat apa yg kita suka. Lagi-lagi kalau apa yg kita buat tu mendatangkan duit!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...