Langkau ke kandungan utama

Semangat Rimba

Sedang heboh diperkatakan, jadi aku ikut teruja untuk menonton filem yg diangkat dari novel dengan tajuk yg sama Tombiruo: Penunggu Rimba. Tambahan lagi selepas mendengar pengakuan peminat novel yg adaptasi filem ini berjaya mengekalkan "mood" karya Ramlee Awang Murshid tuh.

Didorong dengan ingin tahu jugak aku menapak ke MBO, Imago, Khamis lepas bagi menyaksikan sendiri filem yg setakat ini sudah mengutip lebih 4 juta.


Sebelum masuk panggung aku ronda dulu Popular Bookstore dan hampir2 nak membeli novelnya. Aku pun tak tahu lagi suka atau tidak cerita nih, jadi dari terbuang duit tak tentu pasal elok aku beli selepas menonton filemnya.


Keputusannya? Tak jadi beli (reaksi muka tuh sedikit kecewa).

Pada pandangan aku Tombiruo ni filemnya biasa-biasa sahaja. Dan bila ingat balik semua rebiu yg MEMUJI, termasuk satu yg aku baca di instagram oleh Fauziah Nawi, aku rasa macam YEA KE?

Tidak dinafikan aksi bertarung yg dihidangkan menarik namun pada keseluruhannya kurang meninggalkan kesan pada aku.

Kalau masa sebelum aku menonton filem ni tidak tahu apa itu Tombiruo, selepas menonton pun aku masih gantung lagi apa Tombiruo tuh terutama peranannya.

/*Spoiler alert*/

Seperti apa yg aku faham, intipati cerita berpusat dari kerakusan manusia (Juslan, Wong) mengeksploitasi sumber alam. Bila dah jadi begini mesti ada yg menentang (di awal filem ada yg membantah pembinaan empangan contohnya), dan dalam kisah ni penentangan diwakili oleh Berham, Tombiruo atau Ejim?

Konflik inilah yg menggerakkan jalan cerita. Kalau tak tiada motif Berham tu kena bunuh free je. Sementara, Tombiruo dan segala misteri yg dikisahkan oleh Monsiroi dari kelahirannya hanyalah bumbu cerita.

Itulah kalau terlalu tertumpu sangat pada aksi, jalan cerita jadi korban.


Hujung-hujung tak jadi beli novel, aku rembat buku lain daaaa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...