Pindah nyawa dulu.
Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian.
Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang.
Besar betul dugaannya.
Sekarang tenat dan terlantar di QEH2.
Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata.
Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut.
Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.
Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada.
Sama jugak, tewas akibat barah.

Ulasan
Catat Ulasan