Langkau ke kandungan utama

Zaman Sekolah Dulu Best?

Kena tag ex-classmate di pesbuk, jemputan mengenang kisah lalu. Zaman sekolah dulu-dulu.

Tak dinafikan zaman sekolah dulu-dulu menyeronokkan. Terutama sekali masa sekolah rendah.

Ingat lagi lepas habis sekolah, sanggup berjalan kaki atau berbasikal Cooper menghadiri latihan pancaragam atau koir.

Bersungguh lah berlatih nih, sebab cikgu Marzuki kata kita nak masuk radio. Tut tut saja bunyi recorder. Habis rakaman sampai ke sudah tiada khabar berita.

Aku akhirnya ke udara jugak lama selepas tuh. Speaking lagi ha dalam radio ko hader? Merasa jugak popular kejap bila surat-surat peminat datang mencurah.

Alhamdulillah, keputusan SPM aku yg cemerlang membuka pintu untuk aku menikmati semua tuh walaupun sebentar cuma.

Ikutkan aku lah, pengalaman mengaji di utara tanahair tuh yg menyumbang banyak kenangan manis.

Masa mula-mula pijak menara gading tuh bukan main lagi. Macam-macam motivasi dihidangkan.

Kau mewakili dua persen dari kalangan rakan-rakan sekolah yg berjaya meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

Kau lah juara. Kau lah perenang terbaik... eh?

Hakikatnya aku adalah antara tikus makmal bila matrikulasi dipendekkan menjadi setahun dan ijazah disingkatkan ke 3 tahun.

Bayangkan berapa banyak agaknya kenangan boleh dicipta kalau matrikulasi kekal dua tahun dan ijazah masih 4 tahun?

Tempoh yg pendek tuh bermakna hidup harian aku masa tu lebih banyak mengadap nota dan buku.

Tiada masa untuk berpoya-poya. Pointer kena jaga, nanti duit biasiswa tak masuk akaun plak kan?

Kuiz, assignment, peperiksaan tuh dah macam sinonim dalam kehidupan. Aku sampai sekarang termimpi-mimpi.

Orang mimpi ngeri kena kejar hantu ke apa. Aku mimpi tak prepare lagi nak exam.

Esok nak exam dah nih. Aku masih lagi tak tahu pemfaktoran. Tak tahu nak tambah tuh, tak tahu nak tolak tuh. Apa yg aku belajar selama nih?

Bila sedar dari tidur baru ingat yg sendiri tu dah bertahun tinggalkan sekolah.

Begitu lama dah masa berlalu aku pun kekadang dah tak berapa nak ingat dah apa kenangan manis dulu-dulu. Ada yg kita terkenang sendiri, tersenyum sendiri. Namun, bila kita duduk berkongsi bersama dengan org yg kita cipta memori tuh barulah hidup semula memori tuh.

#tinyworld #lonelyplanet #tirighill #hiking

Mengenang yg lampau, mengenang juga, kenangan baru kena cipta. Itu falsafah aku lah.

Jangan bila dah masuk 50 tahun nanti. Kenangan yg paling manis masih lagi kenangan sekolah rendah, sekolah menengah. Paling-paling pun alam pekerjaan. Kalau takde jugak nampak sangat lah hangpa ni tak berkembang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...