Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Pulau Gelas

Selepas tanya kawan2 baru tahu nama pulau yg sejemput ni: Pulau Gelas. Hari aku pegi shut pakai dron ni suasana agak sedikit berjerubu. Mentang-mentanglah dua tiga hari ni hujan tak turun. Sana sini duk bakar sampah. Hasilnya keadaan sana sini seakan berkabut tapi panas pulak tuh. Begitupun gambar yg diambil agak jelas. Dan bila dilihat dari udara sangat indah sekali. Pulau Gelas ni berdekatan dengan Pulau Montukod. Dari tempat dron berlepas Pulau Gelas ni ke belakang sedikit. Seperti di gambar yg kedua dlm entri. Pulau Montukod berada di atas kiri gambar. Ini penerbangan pertama. Mungkin akan ada penerbangan lain jika keadaan jerebu beransur baik. Aku nak shoot buat satu video khas untuk pulau gelas ni sahaja. Harap2 terhasil lah jugak nanti. Amin.