Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Montukod & Demam Tular

Gambar ni diambil 2 tahun lepas. Masa tuh berangan-angan nak ke pulau Montukod tuh. Rasanya dari dulu lagi nak pergi, hanya bbrp tahun akhir ni keinginan tuh bertukar tekad. Rancangan tinggal rancangan, hanya hujung bulan Julai lepas baru tercapai hasrat tuh. Tak rancang apa pun sebenarnya. Tengok aje air laut surut, cuaca bagus (mendung berarak masa tuh) kami bertiga redah seperti yg terakam dalam video berikut. Video ni merakam detik-detik balik dari pulau Montukod sebenarnya. Biasanya orang rakam momen ke sana, untuk kelainan dan yg penting "menghayati" perjalanan pergi tu aku ambil keputusan untuk shoot ketika balik sahaja. Target suasana matahari melabuhkan diri di hujung petang. Kami pergi bertiga. Semuanya rakan sekerja. Esoknya rancang nak tawan sekali lagi pulau Montukod. Sayangnya selepas itu hujan dan angin kuat melanda. Maka itu simpan sahajalah hasrat untuk kali kedua. Tunggu cuaca dah elok. Bila bercakap tentang cuaca ni mmg kekadang mem...

Cinta Dronie

Tinggal sebulan lagi nak ke Krabi. Angan-angan ke Maya Bay, yg boleh diakses dari pantai Ao Nang tempat kami bermalam di Krabi nanti, merupakan lokasi yg digunakan dalam filem BEACH, makin dekat dalam bayangan. Berita-berita mengenai penutupan sementara Maya Bay, bermula dari bulan Jun hingga September, membikin aku sedikit gelisah. Aku ni pergi Krabi nak bergambar di Maya Bay. Kalau tutup apa lah ertinya aku ke sana? Harapnya tutup kepada bot sahaja, boleh ke situ melalui drop point lain. Ada rezeki boleh dronie di area tuh. Susulan pengumuman DJI untuk memperkenalkan dron terbaru mereka Jun lepas (namun terpaksa ditangguhkan berikutan isu politik), aku pulun terbang sana sini. Bayangkan dalam tempoh enam bulan selepas memiliki Mavic Pro, bermacam dron telah diperkenalkan oleh DJI. Harga lagi murah tuh. Kalau Mavic 2 Pro dah diperkenalkan selepas ini, maka drone aku tu dah sedikit ketinggalan lah nampaknya. Shoot lah puas-puas sebelum Mavic Pro jadi lapuk. Alh...