Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Gelang Pintar

Acah2 gila fitness lah ni kan bila tetiba dapat wahyu suh beli gelang pintar. Kebetulan Samsung baru je keluarkan Galaxy Fit & Galaxy Fit E sekitar bulan Jun lepas aku pun tergiur nak cuba. Aku beli Galaxy Fit E je. Disebabkan harganya lebih murah (RM139) dengan kekurangan byk fungsi aku pesan satu dari Shopee. Siri Galaxy sebelum ni ada sensor utk heart tu... Masuk siri baru Note 10+ ni plak dah takde. Aisehmen... Jadi aku rasa pelaburan ni sebagai add on jelah. Selain nak galakkan diri bersenam, dan kalau serius nanti boleh lah upgred diri ke Smart Watch plak. Jangan hangat2 taik ayam sudah lah yea?

Nota Sepuluh Tambah

Rasa macam baru semalam berbaris beli Note 9. Setahun kemudian, aku terkedek-kedek menuntut pembelian pra-tempahan yg aku buat di kedai yg aku pilih. Takjub jugak 4 hari sebelum tempoh pra-tempahan telah ditutup. Mujur aku buat tempahan lebih awal. Kalau tidak gigit jari dan terpaksalah berbaris lagi mcm tahun sudah. Air dan makanan cekut disediakan tapi yalah kalau dah dugal nak datang akan datang jugak... Ikut dari emel yg aku dpt selepas buat pra-tempahan, aku boleh ambil Note 10+ aku bermula 22hb. Lain pula dengan wasap yg aku terima meminta aku menuntut mula dari 21hb. Aku apa lagi melonjak keriangan lah! Mahu jadi org pertama sampai aku pun dengan hati kental siap berkhemah di depan kedai... Hahaha... Lawak je. Selesai urusan aku terus saja ke kedai yg aku pilih. Nampak gaya aku adalah org pertama hari tu. Bangga di situ. Manager kedai yg sama jugak layan aku tahun lepas. Dalam 20 minit gitu aku pun tinggalkan kedai. Tak perlu setting apa pun sebenarnya. Si...