Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

Duyung dan Rancangan

Sekadar imej janaan AI. Dalam hati tu ada jugak keinginan nak bergambar begini.  Ada diiklankan servis sewa ekor duyung dan bergambar macam ni di alam maya... Cuma tempatnya bukanlah di belakang rumah.  Di luar negara. Bercerita makan angin ke luar negara ni... Meski hanya ASEAN, macam belum lagi nampak bunga-bunganya. Ada cadangan, tapi awal2 jelah kau semangat membara. Bila yg mencadangkan tu kurang penglibatan, kau pun kussssss semangat. Kalau gaya begini. Bagus aku atur sendiri omel ku. Senang, tak payah nak fikir soal orang lain. Ngam cuti, ngam bajet... Terbang terus ke destinasi. Namun jauh di sudut hati aku rasa ada satu pelan yang bakal menjadi kenyataan. Aku kena bagi pelan "baik punya" ini menjadi dulu sebelum bisa travel lagi. Apa pelan itu... Aku tak pasti. Namun, hatiku menyuruh: TUNGGU. Trust the process , orang putih kata. Tunggu.

Walai, bai-bai

Kak Nur datang hantar kad jemputan kahwin anak buah dia. Menyempat la bertukar cerita. "Datanglah nanti bergambar... Besok-besok tempat ni dah rata." Orang datang bawa jemputan. Aku pulak sibuk suruh datang sini. Lima belas tahun. Banyak kenangan. Walai akan bakal dirobohkan. Cuma bila dirobohkan tu je tak tahu. Khabarnya nanti tapak ni akan dibuat hotel baru. Bertingkat. Berapa tingkat tu tak tahu lagi. Ada rancangan nak beli tanah sebelah pulak. Katanya tanah sekarang tak cukup luas. Bukan duit aku. Bukan rancangan aku. Kalau semua seperti yg dirancang... Alhamdulillah. Cuma itu jelah masalahnya. Entah bila mula beroperasi. Kita pun berapa tahun lagi nak melangkah ke pangkat 5.

Blues Untuk Aku (The Novel)

 "Saya dah nak sampai ni. Trak merah." Tak pernah-pernah SPX ni hantar laju tau. Pesan sebelum Subuh pagi Jumaat, sampai tengahari Ahadnya. Alhamdulillah selamat dibongkar. Puas hatilah dengan pembelian. Terima kasih Bekazon!  Nak tengok apa isi, jemputlah tengok Shorts ni:  Video Unboxing Aku tak mula baca lagi... sebab kena habiskan dulu buku-buku lain. Galak sungguh beli awal-awal kan? Apa pun hari ni tercatatlah sebuah sejarah yg aku kenang sampai bila-bila. Dah mula baca nanti aku ceritalah ya!