Langkau ke kandungan utama

Catatan

Duyung dan Rancangan

Sekadar imej janaan AI. Dalam hati tu ada jugak keinginan nak bergambar begini.  Ada diiklankan servis sewa ekor duyung dan bergambar macam ni di alam maya... Cuma tempatnya bukanlah di belakang rumah.  Di luar negara. Bercerita makan angin ke luar negara ni... Meski hanya ASEAN, macam belum lagi nampak bunga-bunganya. Ada cadangan, tapi awal2 jelah kau semangat membara. Bila yg mencadangkan tu kurang penglibatan, kau pun kussssss semangat. Kalau gaya begini. Bagus aku atur sendiri omel ku. Senang, tak payah nak fikir soal orang lain. Ngam cuti, ngam bajet... Terbang terus ke destinasi. Namun jauh di sudut hati aku rasa ada satu pelan yang bakal menjadi kenyataan. Aku kena bagi pelan "baik punya" ini menjadi dulu sebelum bisa travel lagi. Apa pelan itu... Aku tak pasti. Namun, hatiku menyuruh: TUNGGU. Trust the process , orang putih kata. Tunggu.
Catatan terbaharu

Walai, bai-bai

Kak Nur datang hantar kad jemputan kahwin anak buah dia. Menyempat la bertukar cerita. "Datanglah nanti bergambar... Besok-besok tempat ni dah rata." Orang datang bawa jemputan. Aku pulak sibuk suruh datang sini. Lima belas tahun. Banyak kenangan. Walai akan bakal dirobohkan. Cuma bila dirobohkan tu je tak tahu. Khabarnya nanti tapak ni akan dibuat hotel baru. Bertingkat. Berapa tingkat tu tak tahu lagi. Ada rancangan nak beli tanah sebelah pulak. Katanya tanah sekarang tak cukup luas. Bukan duit aku. Bukan rancangan aku. Kalau semua seperti yg dirancang... Alhamdulillah. Cuma itu jelah masalahnya. Entah bila mula beroperasi. Kita pun berapa tahun lagi nak melangkah ke pangkat 5.

Blues Untuk Aku (The Novel)

 "Saya dah nak sampai ni. Trak merah." Tak pernah-pernah SPX ni hantar laju tau. Pesan sebelum Subuh pagi Jumaat, sampai tengahari Ahadnya. Alhamdulillah selamat dibongkar. Puas hatilah dengan pembelian. Terima kasih Bekazon!  Nak tengok apa isi, jemputlah tengok Shorts ni:  Video Unboxing Aku tak mula baca lagi... sebab kena habiskan dulu buku-buku lain. Galak sungguh beli awal-awal kan? Apa pun hari ni tercatatlah sebuah sejarah yg aku kenang sampai bila-bila. Dah mula baca nanti aku ceritalah ya!

Kembara Ke Angkor

  Pembelian pertama buku untuk tahun 2026.  Belum mula baca lagi ni... Ada E-Buku lain yg aku kena sudahkan dulu baru mengadap dia ni. Beli buku ni semacam mengenang kembali trip ke Siem Reap tahun 2017 dulu. Ikutkan dulu itu sebagai trip pertama, trip pengenalan dan yakin akan ada trip lain masa akan datang. Tapi semuanya masih dalam perancangan. Benda baik tak usah dipaksa-paksa. Meski hati berkobar, tapi yakin kalau sudah ditetapkan akan menginjak lagi kaki kita ke sana. Apa pun pelan tahun ni kena atur jugak. Aku mmg nak terbang ke mana sekali pun. Luar negara, luar negeri?  Siap buat paspot bulan enam atau tujuh nanti kita tengok lah ke mana hala tujuan kita. Semoga dipermudahkan.

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...