Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Meja Lipat Mudah Alih

Meja aku kena ambil jadi aku pesan meja baru yg lebih kecik lagi mudah alih. Mudah alih sgt sampai boleh bawak atas katil buat layan DVD. Ini yg aku paling suka tentang meja lipat mudah alih ni. Terpasang sedia kipas utk menggalakkan pengudaraan yg lebih baik semasa menggunakan peralatan multimedia. Tak perlu beli kipas berasingan... Jimat duit. Tak terhempap tuan ke bila meletakkan pemain mudah alih dvd tu nanti? Uish taklah. Didatangkan dgn penyangga sekali. Dijamin selamat! Setakat ni belum ada lagi dahi aku lebam gara-gara kena bucu peralatan multimedia... Hiks!

Malang

Sekian lama tak nampak akhirnya pagi ni menumpang pakcik teksi ni lagi. Menghilang ke Tawau katanya atas hal kahwen-mahwen. Teksi membelah embun pagi disulami perihal cerita si pemandu ttg harga naik di sana sini. Sayur seikat ciput. Ikan dah berbelas- belas ringgit sekati. Sekali sekala kakak yg bekerja di arkib tu menyahut, mengiyakan. Duduk di sebelah pemandu ternanti-nanti jugak pakcik ni mengulas isu MH370. Nampaknya pagi ni aku sedikit hampa. Seakan terkunci mulut pakcik tu utk mengomel penemuan sisa pesawat MH370 yg dipercayai terhempas dan terkubur jauh di dasar lautan Hindi. Aku cakap "dipercayai" sbb belum ada bangkai fizikal ditemui. Begitupun amat kuat hati mengatakan apa yg dikesan adalah pesawat malang itu. Malang tidak berhenti disitu, bila kes guest tidak bayar bil penginapan tempohari sudah tidak dapat dihubungi sejak 5 ptg kelmarin. Bila dirujuk dgn pihak polis kes ini, anggota dihujung talian menasihatkan utk tunggu sehingga besok. Mungkin belum gaji lagi k...

Hari Mendung Sedunia...

Celik-celik mata dapat mesej dari staf mengenai kejadian yg tidak diingini di hotel. Tak buang masa aku segera hapdet kes kepada superior aku. Setiba di hotel, aku terus mendgr cerita dari staf yg bertugas malam. Teori-teori awal mula timbul mengenai siapa saspek kejadian. Tengah-tengah briefing staf utk tugasan pagi ini, tetiba dipandang tajam oleh seorang peserta program yg menginap di sini. Panas jugak hati aku bila dipandang begitu. Bukan aku aje, tapi ramai staf terasa mcm kena panahan tajam jelingan sebegitu. Aku ni baru masuk kerja pukul tujuh cik kak oi. Tak tahu menahu pun apa yg berlaku malam tadi. Aku tau kejadian pun dari staf yg kerja malam. Jangan kerana ko hilang sedikit barang kurnian tuhan semua orang ko pergi syak. Harap aje jawatan besar, tapi hotak sama BODOHnya dengan badak. Yg peliknya terdapat percanggahan dalam keterangan yg diberi ketika membuat laporan polis. Dalam CCTV lain pula ceritanya. Jadi yg mana satu betul ni? CCTV atau cerita kau? Malas tah ku hingau!

Be Happy

Hari ni off sebab rancang dari awal lagi nak berpoya-poya. Meskipun berpoya-poya, workout kena buat jugak. Jeles tengok org limpas tagap-tagap. Aku gradually tambah berat. Hari ni dah sampai tahap semua plates aku guna. Nampaknya sikit masa lagi kena beli additional plates lah. Kali ni kita sapu dua bijik yg 10kg. Hari ni mood spoil sikit sbb ada kes guest haram jadah tak setel bil penginapan. Jadi tengah berpoya-poya tuh masih terpaksa layan panggilan tepon dari tempat kerja. Balik-baliklah kena toce oleh bos. Kemik2 la jiwa ku yg halus ni... Wakaka... Lepas tgk Need for Speed, aku beli buku ni utk mengingatkan aku supaya tidak terbawa sangat dgn kes di tempat kerja. I need to feel good in hope for better things to happen. Ambil kejadian sbg iktibar. Lain kali kena tegas atau duit sendiri langis bayar utk saudara bukan sedarah yg aku tak pernah ada. Isnin nanti merasa le ke balai buat laporan polis. Nak feels good lagi, aku gi tebus stem guardian aku tuh. Sepatutnya dah lama boleh dpt...

Yeah, dah sampai!

Sekian lamanya, baru terima sijil ni. Hiks. Gembira rasa hati. Tenkiu Emelda sbb tolong collect kat JPK sekaligus menamakan aku utk join kursus ni. Memang terbaik! Kalau ikutkan dah lama keluar. Siap tersenarai lagi dlm golongan belum collect. Tapi malas nak pegi...

Pilu Hatiku (Bukan Entri Sedih Sebenarnya)

Terima panggilan tengah hari tadi dari resort sebelah. Urut dada aku bila dgr. Nasib baiklah ada yg baik hati maklumkan parcel aku ditinggalkan di tempat diorang. Sedih hati bila fikir. Aku salah alamat ke? Dah le hantar salah tempat, pesanan yg aku buat 5 Februari ni lambat pulak sampai ke alamat yg diberi. Bayangkanlah tarikh dilepaskan kastam aje dah 19 Februari. Hari ni dah berapa lama? Ko kira la sendiri. Baik aku jalan kaki ke UK beli barang ni lah lain kali! Tahun depan baru aku sampai agaknya. Royal Mail yg lidut atau Pos Malaysia yang salah? Lu fikirlah sendiri. Lazimnya pos begini diterima penerima sekitar 10 ke 14 hari dari UK. BUKAN, diulang BUKAN sebulan lebih. Apapun alhamdulillah sampai jugak, walau hati ini remuk redam.

Jumpa Kawan Lama

Khamis sudah, kawan lama ajak jumpa. Pada mulanya aku tak berapa setuju dengan kondisi masa kami berjumpa tuh. Maklumlah lepas kerja, penat pula selepas 12 jam bertugas. Namun selepas mengatakannya ia urgent aku akhirnya mengalah. "Wah, maintain ko ah", itu reaksi pertama dia bila kami bertemu di hotel tempat aku bekerja. Kedua dia komen pasal badan aku yang naik sedikit selepas memesan minuman di restoran Belanak. Yusof datang dengan keluarganya. Dalam perjalanannya anaknya tidur. Untuk tidak mengganggu tidur anaknya dia tinggalkan anak dan isteri dalam kereta. Kasihan pulak fikirku. Sepanjang pertemuan aku mengikuti rentetan peristiwa hidup Yusof selepas kami ambil keputusan SPM tahun 1996. Aku seperti yg diketahui umum terbang ke Kedah menyambung pengajian. Entah macam mana dalam kotak memori aku ni, selepas ke Kedah aku terputus hubungan dengan Yusof. Langsung tidak terdapat memori tentang apa yg terjadi dengan kawan sekelas aku yg sorang ni. Padahal masa sekolah aku dulu...

MH370

"Sah, memang sah masuk alam ghaib!", tegas si pemandu teksi. Berita kehilangan pesawat MH370 memberi bermacam reaksi kepada rakyat mahraen di Malaysia. Si pemandu teksi ini nampaknya tidak ketinggalan. Turut sama mengikuti perkembangan dan mungkin sibuk berspekulasi, di kedai kopi. Sementara aku, penumpang yg duduk disebelah pemandu hanya mampu termanggu, menguncikan mulut. Aku memilih utk tidak melontarkan pendapat. Lagipun tidak diketahui umum pula kawasan perudaraan Vietnam itu lubuk yg menelan pesawat. Kau ada pernah terbaca ke? Tidak kan? Aku mengensotkan tempat duduk lebih dekat ke tingkap. Berharap agar perjalanan cepat sampai ke destinasi. Pura2 merenung ke luar, tiada apa pula yg boleh dilihat. Pagi buta 5.30 pagi ni. Ko nak tengok apa? "MAS mesti banyak rugi ni! Mana lagi mau bayar pampasan. Kapal terbang tu lagi mahal... Sekarang ni lagi AirAsia conquer tu penerbangan. Mungkin AirAsia boleh tolong MAS lah kan kurangkan penerbangan." Teringin benar aku nak...

Oh Hati Bersabarlah!

"Kalau saya beli ini hotel kau lah yang pertama saya kasi berhenti!" Terbit jugak rasa mcm nak menjawab. Tapi aku gamkan aje mulut. Kalau dah tahap ni aku pun dah tak boleh nak buat apa. Dari tadi mendesak meminta nombor telefon pemilik hotel tempat aku bekerja. Atas dasar polisi hotel, kami tidak dibenarkan menyerahkan nombor mana2 staf kepada bukan pekerja. Inikan pula nombor pemilik kepada sesiapa sahaja yg datang menyinggah. Diekor mata aku tengok si tua kutuk, merenung aku dgn riak muka yg bangga. Dari tadi dia diam aje mendgr si tua sial di hadapan aku ni menggertak. Sebelah si tua sial pulak seroang lagi yg aku agak lebih muda dari dua orang tua tu. "Ini ketua security saya kalau saya beli ini hotel", beritahu si tua sial yg mengaku dirinya Dato'. Membusung dada si pedet bila diperkenalkan. Malu2 kucing bila si tua sial menepuk-nepuk bahu si pedet tu. Seakan memberi harapan palsu yg tak mungkin terjadi. "Jadi siapa manager kamurang sekarang? Panggil ...

Cheap thing MAY come in handy

Received this yesterday from Lelong.com.my. Not sure yet why I bought it. Maybe just out of curiousity? Or I've some 'distant' future project still hatching in my head. Just wait and see. I did some recording this morning. Don't blame the camera. It's still dark though. Tell me whether this thing any good or not.

Love & Luck

Hurmmmm the closest thing I could get to Ed Hardy so far. Love the design. Feeling rather fresh. Feels like I want to rebel against the notion that LOVE IS A GAMBLE. A very risky business eh? Maybe I don't love hard enough, care enough. One thing for sure, something is coming my way. Lotsa love, XOXO.

I Love You Too

Itulah yg terkeluar dari mulut aku dalam keadaan mamai subuh bbrp hari sblm bulan Februari berakhir. Entah apa yg aku mimpi sblm tu, mati aku tak ingat. Ada jugak terlintas difikiran akan seseorang, tapi segera ku kuis ke tepi. Lagipun barang dah lepas. Untuk apa lagi dikenang-kenang? Namun hati tidak mengalah. Senyap-senyap bertanya. Apa mungkin?

Something That I Could Relate To

Pecah perut aku bila tengok pic ni. Betul-betul mengimbau kenangan masa menulis draf tesis, master dulu. Bila dah siap draf, nak tunggu maklum malas dari penyelia satu. Nak buat pembetulan lagi satu. Lepas tu tunggu lagi rebiu seterusnya. Aku rasa sampai satu masa, even penyelia aku pun dah naik muak dan fedap dgn tesis aku tuh. Tak silap aku hampir dua tahun jugak aku dalam loop sblm akhirnya ditauliahkan sebagai lulus. Pembetulan akhir, alhamdulillah, kali ini yg betul-betul terakhir ada ENAM sahaja sblm submit kepada penilai luar dan dalam. Yg paling best selepas graduate, termimpi-mimpi. Siap bangun tengah malam gagau carik laptop nak buat pembetulan. Esok nak pass dgn supervisor, cemas sendiri2. Bila tengok sekeliling, baru sedar. Aku dah bukan kat UUM lagi. Aku dah kat Sabah ni wei! .... ... ... Sumpah tak nak dah lalui pengalaman pahit ni lagi! Bagi lah apa pun. Jangan bagi tulis tesis! Ha-ha. Itu cakap2 jelah, tak tau rezeki akan datang kan? Mana tau diberi peluang? Rebut saje ...

Stamp & Parcel

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan March. Bungkusan yang dinanti pulak masih takde bayang. Bila dah masuk yg ke tiga kena macam ni, terfikir jugak utk stop buat sementara pembelian kat Amazon. Barang kompom kena deliver, tapi bila sampai Malaysia cantik pulak kena hold kastam. Ntah apanya Hobbit Extended tu dorang nak tahan aku tak tau lah. Aku pun rasa malas dah nak report2 pasal pesanan aku yg last ni. Biarlah, I let it go this time. Reputasi pun kena jaga jugak. Sebab balik2 muka aku ni yg mengadu parcel tak sampai, silap2 kena cop fraud pulak. Walaupun hakikatnya aku mmg layak lapor kelambatan penerimaan bungkusan. Yg hold aku punya bungkusan tu, korang hold lah sampai beranak bungkusan baru. Kalau rasa2 interesting sangat bungkusan tu korang songlaplah bawak balik. Kira aku sedekah kat korang yg tak mampu nak beli sendiri. Akhir kata, selamat berhibur! Cerita lain, aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yg sumbang stem2 ni. Tinggal empat lagi sblm boleh redeem tuala tuh. *su...