Langkau ke kandungan utama

Jumpa Kawan Lama

Khamis sudah, kawan lama ajak jumpa.

Pada mulanya aku tak berapa setuju dengan kondisi masa kami berjumpa tuh. Maklumlah lepas kerja, penat pula selepas 12 jam bertugas. Namun selepas mengatakannya ia urgent aku akhirnya mengalah.

"Wah, maintain ko ah", itu reaksi pertama dia bila kami bertemu di hotel tempat aku bekerja. Kedua dia komen pasal badan aku yang naik sedikit selepas memesan minuman di restoran Belanak.

Yusof datang dengan keluarganya. Dalam perjalanannya anaknya tidur. Untuk tidak mengganggu tidur anaknya dia tinggalkan anak dan isteri dalam kereta.

Kasihan pulak fikirku.

Sepanjang pertemuan aku mengikuti rentetan peristiwa hidup Yusof selepas kami ambil keputusan SPM tahun 1996.

Aku seperti yg diketahui umum terbang ke Kedah menyambung pengajian. Entah macam mana dalam kotak memori aku ni, selepas ke Kedah aku terputus hubungan dengan Yusof. Langsung tidak terdapat memori tentang apa yg terjadi dengan kawan sekelas aku yg sorang ni. Padahal masa sekolah aku dulu bukan saje sekelas, duduk sebelah je.

Tidak seperti kawan2 lain, Yusof tidak menyambung pelajaran selepas SPM. Aku pun kurang jelas kenapa dia mengambil keputusan begitu. Dia tak silap aku pangkat satu. Dengan keputusan itu dia boleh menyambung pengajian di mana institusi-institusi.

Aku faham, STPM bukanlah jalah yg mudah. Selain komitmen yg tinggi, kestabilan kewangan juga sangat perlu. Sementara itu, permohonannya masuk ke maktab pula tidak berjaya.

Selepas dua tahun bekerja di stesen minyak, setelah mengumpul mungkin sejumlah wang, masa depan Yusof mula berubah bila dia diterima menyertai satu kursus selama tiga tahun di Bangsar. Sebaik sahaja tamat kursus dia dipanggil temuduga dan sekaligus diberikan pekerjaan.

"Aku pun tidak sangka dapat kerja di Pejabat Kesihatan ni, Jam", beritahunya dengan matanya sedikit berkaca.

Mendengar cerita Yusof aku hanya mampu tersenyum. Ternyata suasana di restoran, hanya kami berdua sahaja yg tinggal, seakan mengheningkan apa yg tidak diluahkan oleh kata-kata.

Entah berapa lama kami berbual, terlupa pula perkara urgent yg nak disampaikan oleh Yusof. Masa Yusof nak beredar baru dia teringat.

Apa pun yg kau rancang dalam hidup, aku doakan ko sentiasa berjaya. Sorilah aku tidak dapat tolong kali ini, kawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...