Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Tahun Lompat

Memandangkan empat tahun sekali jumpa tarikh ni, aku terpanggil untuk mengabadikan satu entri. Maka oleh itu, haruslah kau faham, gambar di atas tidak ada kaitan langsung dengan entri hari ini. Harap maklum. Hujung tahun lepas ada aku sebut-sebut rancangan percutian ke Vietnam yg dijangka berjalan dalam bulan hujung bulan Mac. Semua ni kononnya diatur oleh si kawan, apa2 akan dia hapdet bila sudah setel tinjauan dia. Dah habis bulan Feb nak masuk Mac masih belum ada sebarang bunyi. Adakah tragedi pisang-emas-dibawa-belayar terjadi sekali lagi? Sempena tahun lompat ni aku pun membuat kesimpulan si kawan sekor ni mulut Ajax Fabuloso tak bleh pakai. Kalau rancang sesuatu pandai-pandailah hapdet kalau tak jadi. Bukan aku tak pernah tanya, tapi alasannya "masih awal lagi" buat kita terpinga-pinga. Atau kalau susah sangat nak atur dengan kawan-kawan berbintang lima ni, elok aku sendiri yg buat itinenari. Bukan aku tak pernah buat sebelum ni pun kan. Dah berjaya pun m...

Pinkish Purplish

Senyum Abam Sado tengok ujian air kencing jadik pinkish purplish. So far so good katanya. Setahun lebih berhempas tulang bersenam itu ini, jaga makan (tapi selalu cheat day), minum protin kocok bagai masih jugak tidak berhasil mencegah babat (menternak ada ler). Nampak hasil UJIAN AIR KENCING begini kecil pun sudah bikin hati girang. Hampir sebulan memulakan diet makan byk protin plus teguk Alpha Lipid SDII 4 kali sehari pengurangan yg diidamkan mula menunjukkan kelonggaran di pinggang. Pengurangan banyak mana? Satu ukuran turun tau! Masih jauh lagi perjalanan, belum mencapai apa yg ditarget, tunggu dlm sebulan lagi lah mungkin akan mula nampak pengecutan di badan di sana sini. Ni aku kongsi ciked apa menda ujian air kencing yg aku buat nun. Nampak tuh? Manalah tak senyum dibuatnya! Byk kali buat ni tiap hari risau bila tak nampak pinkish purplish.

Misi Picai

Hari ni ke Kundasang tunaikan hasrat member yg teringin sgt nak bergambar dgn replika picai nun ha. Dah jumpa tu terus saje dia peluk mcm tak nak lepas. Dah pergi Kundasang tu apa salahnya kita redah Desa Cattle Farm tu sekali kan? Sayangnya siang tadi terlalu ramai manusia hinggakan sekawanan lembu yg tengah meragut ni lagi best disnap. Menyempat jugak singgah Kundasang War Memorial dan tangkap pemandangan indah nih. Sekitar tapak memorial aku tak ambik sangat sebab tak banyak berubah pun dari kali terakhir aku pegi dlm 2013. Habis jenguk Strawberry Garden kami pun berinut balik diiring hujan yg menemani sejak pagi tadi. Tak semangat sangat nak ketik2 sebab cuaca menutup pemandangan gunung Kinabalu. Sebelum menuju balik ke Kota Kinabalu, kami isi perut dulu di Salut. Seperti keadaan cuaca menu kali ni nampknya tak begitu menghairahkan sangat. Takpelah sehingga di kesempatan lain. Ada rezeki kita datang lagi.