Memandangkan empat tahun sekali jumpa tarikh ni, aku terpanggil untuk mengabadikan satu entri. Maka oleh itu, haruslah kau faham, gambar di atas tidak ada kaitan langsung dengan entri hari ini. Harap maklum.
Hujung tahun lepas ada aku sebut-sebut rancangan percutian ke Vietnam yg dijangka berjalan dalam bulan hujung bulan Mac. Semua ni kononnya diatur oleh si kawan, apa2 akan dia hapdet bila sudah setel tinjauan dia.
Dah habis bulan Feb nak masuk Mac masih belum ada sebarang bunyi.
Adakah tragedi pisang-emas-dibawa-belayar terjadi sekali lagi?
Sempena tahun lompat ni aku pun membuat kesimpulan si kawan sekor ni mulut Ajax Fabuloso tak bleh pakai.
Kalau rancang sesuatu pandai-pandailah hapdet kalau tak jadi. Bukan aku tak pernah tanya, tapi alasannya "masih awal lagi" buat kita terpinga-pinga.
Atau kalau susah sangat nak atur dengan kawan-kawan berbintang lima ni, elok aku sendiri yg buat itinenari. Bukan aku tak pernah buat sebelum ni pun kan. Dah berjaya pun menginjak Bali secara solo.
Wah berlagak gitu?
Bila aku kenang balik pasal percutian ke Bali nih, satu yg aku perasan lepas balik ialah aku dah dikeluarkan dari senarai kawan seorang kenalan nih.
Aku pun tak tahu apa yg aku buat sampai boleh menyinggung perasaan brother sekor nih. Aku tabur pasir ke dlm mangkuk megi dia ker?
Hasrat nak join trip yg brother ni atur ke Korea yg dijangka dlm tahun ni nampaknya tak kesampaian. Mahu tak mahu kena carik jalan lain lah.

Ulasan
Catat Ulasan