Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Projek Deko Raya

Masih mood raya? Hotel tempat aku kerja buat rumah terbuka 4hb nanti. Sebulan raya, buat rumah terbuka hujung-hujung Syawal pun tak pe katanya. Petang tadi adik-adik ajak gi tengok wayang kat MBO, Imago. Nak tengok Star Trek BEYOND. Aku ikutkan aje. Ntah apa citernyer siri yg terdahulu pun aku tak pernah layan. Citernya bukanlah tak best tapi alahai, balik-balik kitar semula modal yg sama. Misi nak menyelamatkan kru, tapi rupanya perangkap. Habis tengok wayang terus aje singgah ke Kaison. Pertama kali masuk Kaison, Imago tempat pertama yg aku carik ialah seksyen kertas dinding. Tu dia, punyalah banyak! Masa kami adik beradik deko-deko dulu, kami singgah cawangan di Putatan je yg dekat Servey tuh. Tak banyak pilihan, tapi okeylah bukan byk kawasan pun yg kami nak deko. Ruang tamu, bilik aku dan bilik adik aku yg sorang lagi. Untuk memberi laluan kepada kerja deko-deko bilik aku terpaksalah dibongkar. Dengan ruang sekangkang kera tetapi menyimpan bermacam khazana...

Tidak Salah Bah Kan Cuba-Cuba???

Amacam? Masih dalam mood raya lagi??? Aku Ahad lepas lagi dah masuk kerja balik. Mood raya toksah cakap lah, sah-sah dah berenang ke lautan Cina Selatan sejak raya ke dua lagi. Sebut raya kedua ni teringat aku tang entri tertunda yg aku janjikan hari tuh. Entri Deko Raya. Tapi kan, entri Deko Raya ni bleh tunggu kut sebab aku ada citer yg lagi panas, PANAS sampai tak tertahan nak kongsi. Takde lah panas serupa gosip yg viral kat pesbuk tuh. Sekadar luahan rasa sebelum jadi gila. Bbrp menjak ni dpt gangguan dari pemanggil yg berhajat nak mengisi jawatan kosong yg diiklankan. Bukan tak pernah layan pemohon yg nak carik kerja, tapi lagak gaya tuh yg bikin panas. Bikin panas satu hal. Satu hal lagi mcm org tiga suku sikit gaya dia. Sikap pemanggil ni yg terlalu persisten mengingatkan aku kepada satu insiden seorang staf punya GF yg lawaknya memohon cuti bagi pihak. Laki bini pun tak tolong pohon cuti inikan pula setakat GF. Aku dah tegur, cakap yg BF dia boleh pohon sendi...

#GilaGila #CESB #JakiJipang

Terima senaskah GILA-GILA petang kemarin melalui kiriman pos. Dah dapat tu teruja yg amat sangat sampai lupa nak hapdet entri deko raya seperti yg dijanjikan dalam entri sebelum ni. Mintak mahap lah yea para pembaca budiman. Bila dah mengadap majalah kesayangan tuh mmg sah lupa diri terus. Semua kerja tinggal, jiwa dirasuk hantu kekek yg berpanjangan sampai ke halaman terakhir. Alkisahnya bulan puasa lepas aku terkenang kemeriahan suasana puasa dan raya dalam majalah satira nasional, kegilaan ramai ini suatu ketika dulu. Maka aku pun mengorak langkah, mengkona setiap ceruk Kota Kinabalu mencari majalah nih. Carik punya carik tak jumpa pulak. Kecewa, sedih aku pun ikhtiar dapatkan secara atas talian. Jumpa halaman CREATIVE ENTERPRISE  terus aje aku daftar diri dan cuba langgan untuk 12 keluaran. Senang pun senang, jimat tuh toksah kata lah kan? Lama jugak aku tunggu sehingga aku semak status pesanan kat CESB baru aku tau dah proses hantar 28hb Jun lepas. Agaknya sebab ...

Raya 2016

Lima tahun kerja kat hotel ni, ini lah kali pertama bercuti raya. Itupun aku pejam aje mata yakinkan diri tim yg sudah dua tahun bersama boleh berjalan tanpa pengawasan aku. Nasib baik sepanjang aku cuti raya tuh tiada masalah besar yg berlaku. Peluang cuti raya yg julung-julung kali ni diisi dengan melawat sanak saudara belah mak di Kg Klias Kecil, Beaufort. Seingat aku kali terakhir aku pijak kampung ni mcm awal tahun 90-an. Dihitung-hitung macam lebih dua puluh tahun jugak aku tak jenguk kampung mak. Raya-raya ni aku sebenarnya tak le teruja sangat. Lagi pula dengan usia yg dah menjengah ke senjaan ni makan pun kena berjaga. Asal tunjuk muka jadi lah kut ya. Adik ipar pula terhengen nak kenal sedara mara jadi kita layankan saje. Raya pertama pula kan wajiblah bermacam menu yg menjemput babat ke perut terhidang. Aku yg hanya rajin berselfie (selagi feeling masih muda) nih hanya jamah kekacang dan air kosong bagi nampak kita makan jugak lah kan. Yg bagusnya semua saudar...

Melukis Dengan Cahaya

Percaya atau tidak ini lah kali pertgama aku cuba buat efek "light trail". Percubaan yg aku kira patut aku cuba 3 tahun lalu tertunai akhirnya. Paling spesel momen ini dirakam menggunakan henfon lejen Nokia Lumia 1020. Gambar sebelum ni aku gunakan DUA skrin henfon sebagai sumber cahaya. Yg kedua ni aku pakai lampu flash light dari dua henfon jugak. Itu yg hasilnya berbeza sedikit. Berteman tripod dan Nokia aku tekad turun ke belakang rumah malam tadi bagi mencuba efek nih. Sebaik sahaja aku set up tripod hidung aku disengat bau taik ayam. Aku jeling ruang kawasan luar pagar. Dalam hati berbisik. Dorang nih ada dpt kebenaran ke bela ayam bercucuk tanam di luar kawasan apartment tuh? Rasa tidak selesa mula timbul. Bukan sebab bau taik ayam tuh. Tapi bunyi suara-suara dari balik pagar tuh. Nampaknya ada org berjaga di dusun kecil tuh. Ada orang maknanya ada mata lah memerhati setiap pergerakan aku. Demit! Aku ni pemalu sikit orangnya. Semua ke laut bila ad...