Langkau ke kandungan utama

Projek Deko Raya

Masih mood raya?

Hotel tempat aku kerja buat rumah terbuka 4hb nanti. Sebulan raya, buat rumah terbuka hujung-hujung Syawal pun tak pe katanya.


Petang tadi adik-adik ajak gi tengok wayang kat MBO, Imago. Nak tengok Star Trek BEYOND. Aku ikutkan aje. Ntah apa citernyer siri yg terdahulu pun aku tak pernah layan. Citernya bukanlah tak best tapi alahai, balik-balik kitar semula modal yg sama.

Misi nak menyelamatkan kru, tapi rupanya perangkap.

Habis tengok wayang terus aje singgah ke Kaison.


Pertama kali masuk Kaison, Imago tempat pertama yg aku carik ialah seksyen kertas dinding. Tu dia, punyalah banyak! Masa kami adik beradik deko-deko dulu, kami singgah cawangan di Putatan je yg dekat Servey tuh.

Tak banyak pilihan, tapi okeylah bukan byk kawasan pun yg kami nak deko.

Ruang tamu, bilik aku dan bilik adik aku yg sorang lagi.


Untuk memberi laluan kepada kerja deko-deko bilik aku terpaksalah dibongkar. Dengan ruang sekangkang kera tetapi menyimpan bermacam khazanah bertahun lamanya siksa jugak nak clear kan tuh.

Dinding yg nak diguna dah diukur dan ditanda. Dari contengan dalam kepala dah terbayang susun atur rak tu nanti. Kembang hidung sorang-sorang bila dikenang. Tapi kembang tak lama yea.

Hajat asal nak tempek rak ala IKEA di kawasan dinding tuh. Malangnya gerudi simen kitorang plak bermasalah terpaksa tunggu jiran tetangga balik raya untuk pinjam. Kalau tau awal2 dah beli...


Sementara menunggu borr sampai, mana-mana dinding yg dah boleh kami kerjakan kami mulakan penampalan. Untuk feature wall kat dinding ruang tamu, kami pilih corak yg kat belakang tuh. Bilik aku pula corak yg korang nampak kat bhg depan. Bilik adik aku kat sebelah lupa plak aku nak snap. Dia pilih warna merah ghairah gitu.


Hari yg dinanti pun tiba. Kerja-kerja menebuk dinding pun bermula. Mula lah nampak masalah bila dah mula tuh. Dinding yg nak diletak rak tuh keras sangat. Borr yg ada mcm tak cukup kuat nak mengebornya.

Dipendekkan cerita, geng deko raya pun bersetuju memindahkan kedudukan rak ke ruang lain. Sedih tu sedih tapi apa nak buat? Dah tiga hari tertangguh nih takan nak tunggu lagi? Sementara ada adik2 di rumah, elok lah ulun dorang buat...

Aku goyang kaki aje sambil kipaskan diri sendiri.


Setelah menempuh bermacam dugaan akhirnya tergeletak jugak FLOATING RACK aku tuh. Misi seterusnya adalah untuk menampal wallpaper pilihan aku.


Inilah final result deko-deko raya kitorang hari tuh.

Lawa lah jugak walaupun tidak seperti yg dirancang pada awalnya.

Sampai saat ni masih belum sudah lagi deko aku ni. Banyak lagi barang yg nak carik bagi nak mengurangkan keserabutan ruang bilik aku.

Ada rezeki nanti nak tambah rak kecil lagi kat sudut yg tak menjadi dulu. Sebelum tuh nak carik borr yg power ciked. Setakat dinding bata je boleh tebuk how lah? Nak jugak dinding simen tuh ha baru lah padu, betol tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...