Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Terima kasih, DIGI!

Tetiba dapat mesej dari DIGI. Katanya akaun aku kena hapgred kuota, dari 110gb ke 130gb mulai bulan depan. Yg skrg punya 40gb anytime tu pun rasa mcm tak cukup. Dah up 20gb ini boleh tampung kut nafsu streaming video, torrent segala utk sebulan. Ekceli kalau habis kuota anytime tuh, masih boleh lagi online cuma kelajuan dikurangkan aje. Ikutkan hati nak jugak langgan UNIFI ke, tapi masalah talian telefon tak masuk kat resort tempat aku tinggal ni. Jadi harapkan data mobile atau broadband jelah kalau nak berinternet. Nak tarik ASTRO pun nak mintak kebenaran segala. Ini kan pula nak pasang internet jalur lebar. Apa pun, TERIMA KASIH DIGI! Akan terus setia bersama mu... Psssttt... Lain kali tambah lagi ya!

Angkor Wat. Aku Datang!

Alhamdulillah baru je selamat membuat pembelian tiket ke Siem Reap untuk tahun depan. Dengan kejayaan ini makanya aku sudah satu langkah ke sana. Langkah lain nampaknya kenalah mula merancang itenari susun atur destinasi. Mencari pemandu tuk tuk. Kumpul duit sudah tentunya! Penginapan toksah risau sebab dah beli sekali dengan tiket penerbangan. Kira tolak dalam RM600 jugak aku belanja kali nih. Beli awal bayar kurang lah kan? Sementara kita nak tunggu September depan datang, cuti cuti ke Kambodia, kita mahir-mahirkan diri dulu dgn deron. Terima lah klip TERKENANG JUA!

Binatang Hebat Dan Habitatnya

Tajuk aku pinjam dari sarikata masa tengok Fantastic Beast & Where to Find Them di Hall 3, MBO, Imago, Kota Kinabalu. Untuk makluman kami layan versi 3D okie. Sebagai bukti cermin mata dlm gambar. Ada cerita sedikit pasal cermin mata tuh. Ewah gitu. Aku masuk dulu Hall 3, sementara adik-adik aku tuh pergi tandas. Tayangan mula tepat pukul 3 petang. Tapi tak salah kan masuk lebih awal? Sesambil duduk tuh aku bukak bungkusan cermin mata 3D yg aku beli di kaunter tiket (dah ada tapi tak bawak pulekkk). Bila buat begitu, org-org yg duduk kat belakang turut buat perkara yg sama. Aku tak paling belakang tapi dengar jelas perbualan mereka yg saling mengingat antara satu sama lain bagi mengeluarkan kacamata masing-masing. Yalah, bukan filem 2D ko menonong aje. Dah 3D mesti pakai cermin mata untuk mengalami kesan seolah-olah timbul di permukaan skrin. "Lain ya di tempat kita kacamatanya kertas. Di sini seperti kacamata ya?" Bila suara tu sebut kertas, aku tida...

#Supermoon

Heboh sekejap pasal #supermoon tadi. Masing-masing keluar rumah acu kamera cuba merakam fenomena yg dikatakan akan kita jumpa lagi dalam 18 tahun. Julung-julung kali begini sapa tak nak lepaskan peluang menatap bulan ketika kedudukannya paling dekat dengan bumi kan? Aku antara yg teruja mengeluarkan kamera buruk, merakam apa yg patut bikin tatapan sendiri. Kemudian atas permintaan kawan-kawan sebab tempat dorang tak nampak #supermoon kerana hujan. Walaupun kat sini tak hujan tapi mmg awal2 tu lagi dah spoil sebab bulan dilitupi awan. Perbandingan besar bulan tu tidak dapat dibuat kerana bulan - Alhamdulillah diberi peluang melihat dengan mata kepala sendiri - dah tinggi ketika sekawanan awan mula meninggalkan bulan. Kawan-kawan kata boleh rasa besarnya bulan bila dilatari bangunan. Diberi peluang melihat dengan mata kepala sendiri #supermoon itu pun dah bersyukur bagi aku. Yg nampak ketara beza ialah pantulan cahaya bulan yg lebih terang dari biasa. Terkial-kial juga...

110GB. Wow!

Dah berkesempatan keluar hari tuh terus aje aku pergi tamatkan plan broadband 25GB aku dgn DIGI. Eh knp plak ko terminate broadband ko? Aku dah hapgredkan diri ke plan yg tawarkan kuota lebih besar, sesuai dgn aku yg bernafsu gajah suka haplot dan donlot video. Kuota yg aku ambil bersaiz 110GB. Baru je dlm 2 minggu aku guna plan baru ni. So far, mmg tidak mengecewakan. Aku pesan MIFI dan Simkadnya secara online masa menunggu flite ke Jogja 13hb lepas. Ingat lagi masa tu aku kat dalam kedai Toys R Us. Mundar mandir dalam kedai patung tuh menunggu respon. Bila selesai terus aje aku kongsikan berita pembelian aku dgn adik-adik aku. Broadbandnya sampai sehari selepas aku balik Malaysia. Siap cas modem aku pun cuba lah dgn gigih minatang tuh. Tak macam plan sebelum ni 110GB tuh ada breakdownnya. Untuk kuota anytime 40GB, sementara bakinya 70GB diperuntukan untuk di luar waktu sibuk antara 2am hingga 8am. Ada jugak org kata dpt guna ke 70GB tu. Tgk je masa saje bagi masa ...

Seprais!!!

Aisehmen! Rancangan senyap-senyap sambut birthday sendiri tahun ni, tak menjadi lagi. Aku dah siap-siap cuti dua tiga hari awal bulan November nih. Reminder BD pun dah lama off di Pesbuk supaya takde yg tetiba nak wish gitu. Pelan jadi spoil bila satu ex-classmate ni tetiba wish kat wall. Dengan aku mana nak pegang henfon mana nak berurusan lagi, ada kesempatan terus aje aku padam status tuh. Menyusul lepas tuh 4 atau 5 lagi wishes. Sori lah itu pun aku delete jugak. Setel urusan kecuali kat CIMB, aku belanja diri tengok wayang. Siap tengok wayang belanja makan diri sendiri di Burger King. Fikir dah hebat lah tuh kan. Sekali masuk kerja pagi ni... Ha kau kena SEPRAIS!!! Nak tak nak terpaksa redah je lah walaupun muka masih lagi sembam pagi Ini lah kek harijadi aku tahun ni. Manis betul rasa kek nih. Sikit aje aku jangkau asal tak kempunan. Rajin pulak my staff bikin nasi lemak bagai. Siap hidang lagi tuh. Pikir cincai? Tak main ah senduk2 sendiri nih... H...