Langkau ke kandungan utama

Binatang Hebat Dan Habitatnya

Tajuk aku pinjam dari sarikata masa tengok Fantastic Beast & Where to Find Them di Hall 3, MBO, Imago, Kota Kinabalu.


Untuk makluman kami layan versi 3D okie. Sebagai bukti cermin mata dlm gambar.

Ada cerita sedikit pasal cermin mata tuh. Ewah gitu.

Aku masuk dulu Hall 3, sementara adik-adik aku tuh pergi tandas. Tayangan mula tepat pukul 3 petang. Tapi tak salah kan masuk lebih awal?

Sesambil duduk tuh aku bukak bungkusan cermin mata 3D yg aku beli di kaunter tiket (dah ada tapi tak bawak pulekkk).

Bila buat begitu, org-org yg duduk kat belakang turut buat perkara yg sama.

Aku tak paling belakang tapi dengar jelas perbualan mereka yg saling mengingat antara satu sama lain bagi mengeluarkan kacamata masing-masing.

Yalah, bukan filem 2D ko menonong aje. Dah 3D mesti pakai cermin mata untuk mengalami kesan seolah-olah timbul di permukaan skrin.

"Lain ya di tempat kita kacamatanya kertas. Di sini seperti kacamata ya?"

Bila suara tu sebut kertas, aku tidak terus terbayang kacamata 3D yg dibekalkan bila beli DVD yg 3D (lazimnya diperbuat dari kadboard kertas yg kacanya satu biru, satu lagi merah) sebaliknya terbawa ke negara sebelah.

Indonesia.

Wah, penonton-penonton di belakang aku dari Indonesia! Teringin benar aku menoleh ke belakang tapi pada masa yg sama adik-adik aku pun masuk.

Sejurus sahaja adik-adik aku masuk dan mengambil tempat, trailer filem 2017 ditayangkan.

Trailer tu dlm btk 3D jugak jadi apa lagi, cepat-cepat lah mengenakan kacamata yg seperti kacamata itu.

Wow... Beauty & the Beast. Mesti tonton nih!

Apa yg aku boleh komen, filem "Fanstatic Beast" yg meletakkan latar masa 70 tahun sebelum dari zaman Harry Potter ni sangat menghiburkan. Komedi bijak disisip di sana sini bagi mengurangkan "dark mood" filem yg cuba ditonjolkan.

Masa sedih kita turut sama bersimpati dengan watak membikinkan penonton rasa puas.

Dari yg aku baca filem ini dirancang untuk dijadikan trilogi, tapi tau sajelah org putih kalau diorang rasa boleh bikin duit dorang tokok tambah lagi!

Jadi dari tiga, jadi LIMA!

Kejutan tampil di hujung filem nih.

Bukan kejutan penuh lah bagi aku sebab dah spoil dlm radio aku dgr hari tuh. Gitu pun surprise jugak tak sangka cameo aktor itu bakal memberi impak kepada sekuel yg berikutnya.

Bila pulak sekuel filem ni nak kuar?

Kita tunggu dan lihat kay...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...