Nampaknya awal tahun 2019 ni tidak begitu mengujakan. Awan-awan murung seakan berpayung mendung. Begitupun dalam tak sedar Januari berlalu begitu pantas. Rancangan ke Bohey Dulang yg dijadualkan bulan ini nampaknya tergantung begitu sahaja. Kalau aku yg rancang sudah tentu aku teruskan. Yg membawa ni acuh tak acuh aje. Sedikit kecewa namun rancangan lain telah pun diatur. Bulan depan Insha Allah bersama geng Siem Reap tempohari kami akan ke Kuching. Tiket ditawarkan RM19 ke Kuching dari Kota Kinabalu mmg silap lah kalau tak rembat. Adhie pun sudah menyatakan persetujuan utk menjadi tuan rumah semasa kami berada di Kuching. Tinggal bawa buah tangan ja lah utk Adhie sebagai tanda terima kasih gitu. Sebagai persiapan aku beli dua bateri Mavic Pro baru. Bateri yg ada boleh guna lagi tapi rata-rata dah boroi. Takut pulak terbangkan bateri begitu. Silap haribulan meletup diudara. Tak mahu ambil risiko baik beli satu. Harga bukan murah pulak tu. RM400 sebijik. Dah dpt bateri b...
Leka, Liku Hidupku