Langkau ke kandungan utama

Awal Tahun Yang Hambar

Nampaknya awal tahun 2019 ni tidak begitu mengujakan. Awan-awan murung seakan berpayung mendung. Begitupun dalam tak sedar Januari berlalu begitu pantas.

Rancangan ke Bohey Dulang yg dijadualkan bulan ini nampaknya tergantung begitu sahaja.

Kalau aku yg rancang sudah tentu aku teruskan. Yg membawa ni acuh tak acuh aje. Sedikit kecewa namun rancangan lain telah pun diatur.

Bulan depan Insha Allah bersama geng Siem Reap tempohari kami akan ke Kuching. Tiket ditawarkan RM19 ke Kuching dari Kota Kinabalu mmg silap lah kalau tak rembat.

Adhie pun sudah menyatakan persetujuan utk menjadi tuan rumah semasa kami berada di Kuching. Tinggal bawa buah tangan ja lah utk Adhie sebagai tanda terima kasih gitu.

Sebagai persiapan aku beli dua bateri Mavic Pro baru.

Bateri yg ada boleh guna lagi tapi rata-rata dah boroi. Takut pulak terbangkan bateri begitu. Silap haribulan meletup diudara.

Tak mahu ambil risiko baik beli satu. Harga bukan murah pulak tu. RM400 sebijik.

Dah dpt bateri baru aku apa lagi, terbangkanlah dron dgn bangganya di udara bandaraya Kota Kinabalu Ahad lepas.

Dalam fikiran tu saja lah nak terbangkan. Kebetulan pula ada tamu di Gaya Street apa lagi aku melayahlah ke sana merakam suasana Sunday Market yg popular di Kota Kinabalu itu.

Tamu Gaya Street

Aku tak shoot video sangat sebab keadaan walaupun cuaca cantik tapi ada sedikit jerebu. Dah alang2 di udara tu aku pun ambil apa yang patutlah. Satu adalah pemandangan Kota Kinabalu dari laut ni.

Good Morning Kota Kinabalu

Lebih kurang 68 gambar diambil utk mendapatkan panorama ini.

Walaupun yg ini tidak direncanakan tapi bila lihat hasilnya rasa sangat puas hati.

Selain gambar ini aku jugak ada ambil gambar 360 utk korang alami sendiri keindahan alam Kota Kinabalu.


Kepingin jugak nak terbang ke pulau Gaya tu utk merakam penempatan Filipina di sana tapi sampai ke tidak je perlu diingat. Sampai mungkin ya... Tapi nak patah balik dgn bateri yg ada tu yg tak sure lagi lah.

Okeylah sampai ketemu lagi di entri lain. Aku akan cuba rajin2 hapdet belog ni lah kalau tak sibuk... Katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...