Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Igauan Indah

Baru-baru ni aku dan #travelbuddy terbang ke Kuching. Rancangan ke Kuching ni bukan rancangan baru. Sejak aku berjaya fly dan bikin video Kota Kinabalu aku berangan-angan ke Kuching. Asalnya mau gerak solo je macam pertama kali aku datang Kuching 4/5 tahun sudah. Tak mahu bising-bising, sebab bukan nak jalan sangat just nak terbangkan dron. Entah macam mana, every thing fell into its place, travel ke Kuching kali ni jadi lebih meriah dari yg dijangkakan. Selain Kuching kami cover jugak beberapa lokasi di Bau, Sarawak. Igauan indah aku hampir-hampir jadi ngeri bila hari pertama ronda-ronda Kuching diiringi hujan. Tetap optimis, kami tunggu sepanjang pagi hingga reda. Memulakan hari pertama (kami sampai lewat malam 14hb Februari), kami singgah kedai makan Mohammad Lim. Seakan menjejak balik langkah pertama aku ketika datang ke sini. Inilah kedai makan pertama yg aku singgah dulu masa pertama kali datang ke Kuching. Ikut cadangan Adhie aku pesan handmade mushroom noodle...