Langkau ke kandungan utama

Igauan Indah

Baru-baru ni aku dan #travelbuddy terbang ke Kuching.

Rancangan ke Kuching ni bukan rancangan baru. Sejak aku berjaya fly dan bikin video Kota Kinabalu aku berangan-angan ke Kuching.

Asalnya mau gerak solo je macam pertama kali aku datang Kuching 4/5 tahun sudah.

Tak mahu bising-bising, sebab bukan nak jalan sangat just nak terbangkan dron.

Entah macam mana, every thing fell into its place, travel ke Kuching kali ni jadi lebih meriah dari yg dijangkakan. Selain Kuching kami cover jugak beberapa lokasi di Bau, Sarawak.

Igauan indah aku hampir-hampir jadi ngeri bila hari pertama ronda-ronda Kuching diiringi hujan.

Tetap optimis, kami tunggu sepanjang pagi hingga reda.

Memulakan hari pertama (kami sampai lewat malam 14hb Februari), kami singgah kedai makan Mohammad Lim. Seakan menjejak balik langkah pertama aku ketika datang ke sini.


Inilah kedai makan pertama yg aku singgah dulu masa pertama kali datang ke Kuching. Ikut cadangan Adhie aku pesan handmade mushroom noodle. Aku bertuah lah masa tu, menu dibuat oleh  pemilik kedai sendiri.

Sedihnya, menurut Adhie, pemiliknya dah meninggal dunia baru-baru ni.


Atas cadangan Adhie jugak aku cuba mi kampua. Yg lain pesan mi kolok.

Hujan terus sampai tengahari.

Kalau aku pergi sorang mungkin aku akan lepak je di bilik hotel sementara tunggu hujan reda. Memandangkan kami tumpang rumah Adhie jadi kami mengeluyur lah dulu dalam shopping-shopping complex yang ada.

Macam pertama kali aku pergi Kuching kali ni aku singgah jugak makan Laksa Sarawak Madam Tang.



Aduhhhh... tertunai hajat biarpun semangkuk cuma.

Lain kali kalau datang lagi Kuching korang mesti try Laksa Sarawak Madam Tang ni. Aku tengok CT dan Maya pun bukan main lagi menghirup kuahnya dengan penuh nikmat.

Dah dapat fly area waterfront, jambatan Darul Hana tu aku pun wrap up lah utk hari tuh. Nak terbang lebih takut aje tgh2 fly air hujan mencurah... Kan naya tuh.

Yang penting ke Kuching kali ni aku dapat jugak merasa Kek Lapis India yg disebut-sebut oleh Adhie 5-6 tahun sudah.


Ni kek lapis premium, kami beli kat Di Wannie. Sesuai dengan rasa harga pun premium jugaklah. RM35 seketul.

Kami ada jugak singgah kek lapis kat seberang sungai tuh, Mira dan Dayang Siti Salhah tapi tak beli di sana. Rasa macam awal lagi nak borong sebab masih ada bersisa satu hari lagi besok di Kuching.

Hujung-hujung untuk bawak balik kami beli di Kek Lapis Asmah je area Kopi O Corner. Aku bawak balik 3 ketul, tapi tertukar plak dengan Maya... Hahahaha... Sabor jelah.


Tak payah nak jeling aku lah bang. Aku bukan nak snap ko. Santai dan rilek lah mcm brother dua org kat blkg nun.

Hari kedua Alhamdulillah cuaca mendung2 gitu membolehkan kami menjelajah keluar dari Kuching ke Bau dengan hati senang.


Highlight hari kedua ni sudah tentulah Pasar Minggu Kampung Serikin.

Orang yg suka membeli belah, tawar menawar mmg port mereka lah di sini. Yg aku ni pulak mata dah melilau cari port mana nak terbangkan dron. Almaklumlah peluang fly dron di luar dari Sabah ni jarang-jarang sekali dapat kan?



Ingat nak panjat gua pari-pari ni tapi tutup pulak. Aku terbangkan aje lah dron ke atas intai-intai mulut gua yg dikatakan dalamnya, menurut Adhie, ada formasi batu berbentuk seakan pari-pari.

Ada jugak Adhie tunjuk gambar batu tu tapi entah aku tak nampak pun mcm pari-pari. Nampak bentuk batu aje. Tu yg nak gi tgk, tapi takpelah takde rezeki kali ni.

Nak pergi lagi tu bila ntah? Rasanya ini yg pertama dan terakhir lah kot.


Untuk trip kali ni berkesempatan jugaklah aku merasa eskrem gula apong. Dah bukan selalu tuh aku pesan trus yg besar. Ha amek ko... Lepas makan trus kepala pening2 sebab manis sangat. Padan muka sendiri!


Hari terakhir sebelum terbang meninggalkan Kuching, sempat lah jugak singgah pantai pandak bergambar pemandangan berlatarkan gunung Santubong. Hari ketiga ni mmg panas terik siap sempat menghadiahkan aku sunburn.

Trip kali ni mmg seronok jugak, di luar dari jangkaan. Kitorang kalau berempat mmg takan kering gusi. Ada aje benda kecik yg jadi bahan.

Rasanya akan ada follow up trip lagi selepas ni, trip untuk diri sendiri. Kalau sendiri2 senang, aku boleh fokus apa yg aku nak buat.

Until next trip! Salam sayang dari Kota Kinabalu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...