Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Krung Thep Mahanakhon

Bila dah takde seseorang tu kita akan rindu... kita akan sedih. Tapi bila orang tu dah takde orang tak ambil port... tu lagi sedih. Cepat2 kuis perasaan sedih tu. Lihat diri sendiri tu siapa? Bila dah tau siapa pada org lain, sedih tu akan hilang. Kategori orang dah tak bother lepas tu memang ada le maksud dia yg tersendiri tuh. Faham-faham kan lah. Tak mahu memikir sangat hal yang tak membawa faedah, aku rombak sedikit rancangan aku ke Bangkok, bulan Oktober nanti. Aku awalkan kedatangan aku. So far so good. Walaupun hanya baru plan bbrp bulan ni aku dah ada gambaran kasar destinasi2 yg aku bakal pergi secara solo. Solo utk 2 hari pertama je.. bakinya akan bersama rakan travel yg lain. Tak seperti kebiasaan aku pergi setiap destinasi dalam 3 malam... kali ni aku buat kelainan dan rasanya berbaloi utk jadikan percutian aku sampai 5 malam. Macam banyak jugak lokasi yg aku nak pergi nih. Penginapan aku akan setelkan bulan depan. Setakat ni baru tempah tiga malam je. Nanti n...

Bila Hari Raya Tiba

Ha, meriah suasana raya. Beraneka kuih, rona warna baju raya dipamerkan. Ketik, ketik bunyi tetikus menge-like gambar rakan taulan berposing dengan baju raya masing2. Sebulan sebelum puasa datang, aku dah mula semak2 baju raya di Zalora. Ok suka yg tu. Ok suka yg ni. Nak beli ke tak ni? Hamboi puasa belum lagi ko dah sibuk memilih baju raya! Memikir nak guna dulu duit untuk hal lain aku simpan dulu angan2 tuh. Besok gaji barulah kita order ya, bisik aku menyedapkan hati. Esok tu pun kalau ada saiz. Maunya tinggal XS, terpaksa lah tinjau lagi baju raya lain. Hari berganti hari, minggu berganti minggu akhirnya puasa pun dah tiba. Alhamdulillah tahun ni tiada halangan yg mengganggu ibadah puasa ku. Beberapa hari sebelum raya tu rosak sikit lah mood sebab gangguan bekalan air tiba2. Sebetulnya mood raya tu dah terjejas lagi sebelum tu... Bila yg ditunggu-tunggu tak masuk-masuk. Dari 7hb tarikh akhir patut bayar gaji sampailah 22hb baru duit gaji masuk. Rasa-rasa nak b...