Langkau ke kandungan utama

Krung Thep Mahanakhon

Bila dah takde seseorang tu kita akan rindu... kita akan sedih.

Tapi bila orang tu dah takde orang tak ambil port... tu lagi sedih.

Cepat2 kuis perasaan sedih tu. Lihat diri sendiri tu siapa? Bila dah tau siapa pada org lain, sedih tu akan hilang.

Kategori orang dah tak bother lepas tu memang ada le maksud dia yg tersendiri tuh. Faham-faham kan lah.

Tak mahu memikir sangat hal yang tak membawa faedah, aku rombak sedikit rancangan aku ke Bangkok, bulan Oktober nanti.

Aku awalkan kedatangan aku. So far so good. Walaupun hanya baru plan bbrp bulan ni aku dah ada gambaran kasar destinasi2 yg aku bakal pergi secara solo. Solo utk 2 hari pertama je.. bakinya akan bersama rakan travel yg lain.

Tak seperti kebiasaan aku pergi setiap destinasi dalam 3 malam... kali ni aku buat kelainan dan rasanya berbaloi utk jadikan percutian aku sampai 5 malam. Macam banyak jugak lokasi yg aku nak pergi nih.

Penginapan aku akan setelkan bulan depan. Setakat ni baru tempah tiga malam je. Nanti nak tambah 2 malam lagi. Malas dah nak pindah2.

Aku akan menginap di hotel yg berdekatan dengan Petchaburi Rd Soi 7...

Tempat ni dipilih sebab ada ramai orang Thai beragama Islam di sini. Senang nak cari makanan halal nantinya.

Lepas tu dekat pulak dengan BTS Ratchatewi, senang nak ke mana2... tambahan pula lokasi ni mcm betul2 strategik utk ke semua lokasi yg aku bakal pergi di sekitar Bangkok.

Doakan semuanya berjalan lancar ya.

Dalam pada tu, aku pun dah mula kira2 berapa duit nak tukar utk dibawak ni... Hehehe... memandangkan byk tempat aku nak pergi... Mungkin bawak lebih lah duit... Agak2 dalam 10 ribu baht cukup kot yea.

Aku bukan nak shopping sangat pun. Jalan2 aje tengok tempat org selain bikin video. Video tu penting... Utk kenangan aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...