Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Tahun Corona

Tahun tak habis lagi aku dah bagi nama. Masa Wawasan 2020 diumumkan dulu aku tak bayangkan tahun 2020 nanti macam ni. Malaysia indah dan gemilang. Hakikatnya realiti tak seindah impian. Virus Corona yg dikesan lewat tahun 2019 betul-betul menggoncang industri pelancongan khasnya di Sabah. Aku yg berada dalam bidang perhotelan ni pun terasa bahangnya sedikit sebanyak. Dulunya sibuk saban hari didatangi bas pesiaran kini lengang, kosong. Selayaknyalah kan aku panggil Tahun Corona. Sebab tahun ni seakan diwarnai oleh kisah wabak yg dibawa oleh virus Corona. Kemuncak semua ni bila diumumkan pergerakan terbatas bermula 18 Mac ni. Ala-ala lockdown  lah kononnya tapi masih boleh bebas keluar. Awalnya kami diarahkan untuk memberhentikan operasi sehingga tamat tempoh pergerakan terbatas 31 Mac. Dengan maklumat yg tidak lengkap, masih lagi dalam perbincangan keputusan ini kemudian diubah. Hotel boleh beroperasi. Pagi 18hb tu kami dah sibuk-sibuk membatalkan tempahan sepanja...