Langkau ke kandungan utama

Tahun Corona

Tahun tak habis lagi aku dah bagi nama.

Masa Wawasan 2020 diumumkan dulu aku tak bayangkan tahun 2020 nanti macam ni. Malaysia indah dan gemilang.

Hakikatnya realiti tak seindah impian.

Virus Corona yg dikesan lewat tahun 2019 betul-betul menggoncang industri pelancongan khasnya di Sabah. Aku yg berada dalam bidang perhotelan ni pun terasa bahangnya sedikit sebanyak.

Dulunya sibuk saban hari didatangi bas pesiaran kini lengang, kosong.

Selayaknyalah kan aku panggil Tahun Corona. Sebab tahun ni seakan diwarnai oleh kisah wabak yg dibawa oleh virus Corona.

Kemuncak semua ni bila diumumkan pergerakan terbatas bermula 18 Mac ni. Ala-ala lockdown lah kononnya tapi masih boleh bebas keluar.

Awalnya kami diarahkan untuk memberhentikan operasi sehingga tamat tempoh pergerakan terbatas 31 Mac.

Dengan maklumat yg tidak lengkap, masih lagi dalam perbincangan keputusan ini kemudian diubah. Hotel boleh beroperasi.

Pagi 18hb tu kami dah sibuk-sibuk membatalkan tempahan sepanjang tempoh lockdown bila sebelah tengaharinya perhotelan dimaklumkan dikecualikan dari menutup operasi kepada umum.

Dah lah kau hilang bisnes sepanjang 2 minggu tuh. Skrg kau cakap boleh bukak pulak.

In the end, pihak hotel teruskan juga dengan rancangan penutupan operasi, itu pun mungkin hanya seminggu sahaja sebagai percubaan.

Sampai sini aku macam masih boleh tenang biarpun bibir dah menjuih ke depan sedikit. Bila sampai STATEMENT PIHAK MANAGEMENT KATA, memandangkan tak wajib tutup semua pekerja kena kerja aku dah ada tanda2 nak jadi HULK.

What's the point kau tutup tapi kau tak bagi staf ko cuti?

Tujuan penutupan sementara adalah untuk menghindar staf ada kontak dengan pelanggan yg ada virus. Sekarang dah tak terima orang, hotel kosong kau nak bagi semua staf kau kerja jugak untuk apa? Layan hantu?

Ketika entri ni ditulis, kes orang awam dijangkiti mula meningkat. Setakat semalam sudah ada 2 jiwa yg terkorban.

Kedatangan Corona ni juga menyebabkan rancangan cuti-cuti ke Banda Aceh dibatalkan.

Ikut rancangan terbang hujung bulan ni. Dengan Banda Aceh pun sibuk membendung virus corona, banyak tarikan-tarikan di sana ditutup sehingga memaksa aku ambil keputusan untuk tidak terbang ke sana kali ni.

Bila diumumkan ada lockdown lagi lah tak boleh nak fly out. Semua rakyat Malaysia dilarang terbang ke luar negara.

Ada pengumuman begini melegakan jugak sebab sekurang-kurangnya boleh jugak aku klim tiket dari hangus begitu sahaja.

Apa terjadi selepas 31hb nanti. Kita tunggu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...