Langkau ke kandungan utama

I like it RAW

Banyak menyumpah-nyumpah hari ni sbb apa yg dirancang byk plak halangannya.

Alkisahnya netbook aku yg lidut ni boleh2 pulak sibuk nak sken virus. Di situ nak guna di situ jugak lah urgent update aih. Yg heran tu jarang-jarang bukak tapi ko tengok ha dah jadi dusun virus!


Kalau tak sebab nak terai program godek RAW file malas aku nak bukak netbook usang nih. Biar mereput siring meja tak nak aku usik!

Itu mengada namanya jgn dilayan dia ni. Trip2 nak laptop baru kan tapi tak terbeli lagi.

Sementara belum ada akar ni rotan pun jadilah nak oi.

Dipendekkan cerita, lebih kurang 5 jam kemudian aku pun akhirnya berjaya memasang Portable RAWTherapee.


Dah ada depan mata tak tau plak nak mula mana. Tadi frust golek2 lantai skrg takan nak buat buntu pulak kan? Maka aku pun konfiden kan diri klik2 mana yg aku familiar...


Pada dasarnya aku just nak recover some details yg hidden dlm picture. Dgn adanya format file RAW yg kita boleh samakan kpd versi digital filem gambar tuh, byk pembolehubah yg kita boleh twik untuk mendapatkan apa yg kita mahu atau menyelamatkan gambar yg hado je kualitinya.

Kalau Jpeg dah mungkin kena delete. Tapi dgn adanya RAW utk file gambar tu... Anything possible.

Gambar pertama bulan ada lah btk jpeg. Jpeg boleh jgk dimanipulasi tetapi makin byk kita "kerjakan" makin susut kualitinya.

Itu yg aku tertarik nak blajar pasal RAW file nih. And makesure kamera aku support RAW. Samsung Note 5 dan S6 Edge+ ada option untuk simpan fail RAW. Sayangnya S6 Edge belum ada lagi.


Tak taulah yg aku buat ni betul atau tidak tapi kalau diteliti pada result selepas godek dgn perisian tuh you can notice SOME subtle differences pada permukaan bulan.

Berbeza sebelum gambar asal digodek detail kelihatan soft dan tak begitu prominent. Setelah kita cuba2 twik some variables perincian itu pop out seakan boleh ditelusuri menggunakan jari.

Next mungkin kena carik tutorial RawTherapee nih. Tengok apa lagi yg dia boleh buat. Maklumlah perisian open source kalau korang nak cuba boleh gugel sendiri!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...