Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Hari Ini

Pertama kali hapdet belog melalui TV Pintar. Berlagak tak? Awal bulan ni aku beli TV lagi. TV yg aku beli sebelum ni aku dah sedekoh kat adik aku. Makanya sejak raya puasa tu aku stop kejap segala aktiviti yg melibatkan tontonan melalui TV. Aku tangguh beli TV sebab tak pasti jenis TV apa yg aku nak beli. TV UHD ka? TV Full HD saja ka... Atau hapgred terus ke TV yg support 3D. Lama jugak aku tangguh-tangguhkan sehinggalah DVD utk musim ke 12, Grey's Anatomy rilis. Aku dah lama order jadi bila dah on the way masa tuh, mahu tak mahu, aku kena beli jugak satu TV kan? Takdok TV how lah nak nonton kan? Kebetulan hari aku beli tu aku tgh ronda-ronda kedai elektronik, hati bagai digoda bila nampak TV jenama Toshiba yg ditawarkan dgn harga yg menggiurkan. Zalitun pun berbisik, kalau tak beli ni tak tau lah bila lagi kau nak keluar beli. Dipendekkan cerita hari ini, aku dah siap beli wireless keyboard. Dgn adanya wireless keyboard ni boleh lah aku meneroka dunia maya dlm layar...

Hampir Ke Situ

Uish lama btol tak hapdet blog. Berhabuk dah. Dipendekkan mukadimah, urusan nak ke Jogja dah hampir selesai. Supir pun dah dapat. Ikutkan malas nak carik. Tapi bila difikirkan kelam kabut nanti di sana aku cilok je mana2 supir yg direkemen kat blog yg aku gugel. Dalam menghitung hari ke Jogja tuh aku sibukkan diri mengasah skil main gimbal. Baru-baru ni aku beli satu lagi gimbal kali ni keluaran DJI. Resah jugak aku pada mulanya dengan pembelian nih sebab dah ada gimbal. Kenapa aku nak bazirkan lagi duit tambah satu. Tak cukup ke? Tak tahulah nak kata. Nafsu ke apa. Aku ikutkan aje kehendak hati pada mulanya. Alhamdulillah pembelian aku kali ni tak merugikan. Berbanding gimbal dari Feiyu Tech, gimbal dari DJI ni lebih banyak kegunaannya. Bertitik tolak dari itu aku pun dengan ringan hati keluarkan lagi bajet utk tambah aksesori utk gimbal DJI yg dipanggil Osmo Mobile nih. Tu dia tongkat sakti untuk Osmo Mobile aku dah sampai. Selepas guna uji gimbal ni utk bbrp ha...