Langkau ke kandungan utama

Hari Ini

Pertama kali hapdet belog melalui TV Pintar. Berlagak tak?

Awal bulan ni aku beli TV lagi. TV yg aku beli sebelum ni aku dah sedekoh kat adik aku. Makanya sejak raya puasa tu aku stop kejap segala aktiviti yg melibatkan tontonan melalui TV.

Aku tangguh beli TV sebab tak pasti jenis TV apa yg aku nak beli. TV UHD ka? TV Full HD saja ka... Atau hapgred terus ke TV yg support 3D.

Lama jugak aku tangguh-tangguhkan sehinggalah DVD utk musim ke 12, Grey's Anatomy rilis. Aku dah lama order jadi bila dah on the way masa tuh, mahu tak mahu, aku kena beli jugak satu TV kan?

Takdok TV how lah nak nonton kan?

Kebetulan hari aku beli tu aku tgh ronda-ronda kedai elektronik, hati bagai digoda bila nampak TV jenama Toshiba yg ditawarkan dgn harga yg menggiurkan.

Zalitun pun berbisik, kalau tak beli ni tak tau lah bila lagi kau nak keluar beli.

Dipendekkan cerita hari ini, aku dah siap beli wireless keyboard. Dgn adanya wireless keyboard ni boleh lah aku meneroka dunia maya dlm layar yg lebih besar...


Selain TV aku jugak nak kongsikan aktiviti aku siang tadi.

Macam aku kata dalam entri sebelum ni. DJi Osmo Mobile yg aku beli tuh banyak kegunaannya. Salah satu yg menarik hati aku ada lah fungsi timelapsenya.

Ini aku kongsikan video motion timelapse yg aku rakam siang tadi.


Tebal muka aje kena hon tadi tapi demi menyahut cita-cita aku hadapi... Chewah! Ada jugak yg kenal aku limpas tadi mesej tanya aku buat apa kat situ... Lawak kannnn... Hahaha...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.