Langkau ke kandungan utama

Hampir Ke Situ

Uish lama btol tak hapdet blog. Berhabuk dah.

Dipendekkan mukadimah, urusan nak ke Jogja dah hampir selesai. Supir pun dah dapat. Ikutkan malas nak carik. Tapi bila difikirkan kelam kabut nanti di sana aku cilok je mana2 supir yg direkemen kat blog yg aku gugel.

Dalam menghitung hari ke Jogja tuh aku sibukkan diri mengasah skil main gimbal.

Baru-baru ni aku beli satu lagi gimbal kali ni keluaran DJI.


Resah jugak aku pada mulanya dengan pembelian nih sebab dah ada gimbal. Kenapa aku nak bazirkan lagi duit tambah satu. Tak cukup ke?

Tak tahulah nak kata. Nafsu ke apa. Aku ikutkan aje kehendak hati pada mulanya. Alhamdulillah pembelian aku kali ni tak merugikan.

Berbanding gimbal dari Feiyu Tech, gimbal dari DJI ni lebih banyak kegunaannya. Bertitik tolak dari itu aku pun dengan ringan hati keluarkan lagi bajet utk tambah aksesori utk gimbal DJI yg dipanggil Osmo Mobile nih.


Tu dia tongkat sakti untuk Osmo Mobile aku dah sampai.

Selepas guna uji gimbal ni utk bbrp hari aku sebulat hati nak bawa gimbal ni ke Jogja bagi merakam momen2 di sana.

Nak tahu best ke tak hasil shot guna gimbal ni mari kita tonton dua video yg aku rakam dgn bantuan gimbal Osmo Mobile.


Macam ada rasa mcm ala-ala videographer profesional tak? Okay itu satu... Satu lagi...



Yes, yg video pertama serang depan.. Yg kedua mengendeng yea. Susah jugak nak buat shot yg bebas gegaran nih. Buat aku appreciate pembikin-pembikin filem yg memerah keringat tuk menghasilkan yg terbaik. Aku baru gimbal murah. Kalau profesional mesti lagi mahal badak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...