Rumah dah siap, pahat dan tukul masih berbunyi. Itulah yg aku boleh sifatkan dengan majlis kitorang Sabtu lepas. Masih ada sohseh sana sini tidak puas hati. Timbul salah faham lah. Sampai ada pemenang rasa ragu-ragu kemenangan mereka. Come on lah! Suka-suka je semua tuh. Yg mengundi calon faberet mereka tu kenapa nak emosi sangat? Nak penghargaan bagi aku tak perlu diangkat jadi staf terbaik, kalau setakat dapat hadiah sekian-sekian, diam-diam gaji kau sama aje statusnya. Itu sebab, dalam situasi begini aku ambil sikap tak ambil port. Bukan serius pun! Sama jugak lah dgn keje rakam video dan ambil gambar aku sepanjang majlis tuh. Semuanya aku buat sekadar suka-suka, syok sendiri. Ada orang ambil peduli hasil kerja aku tuh? Most likely not! Jadi aku nak murung, memuncungkan bibir? Aku sekadar ambil peluang dalam suasana majlis begitu utk kutip pengalaman. Sebab aku nak pengalaman2 yg aku dapat tuh utk memperbaiki diri. Kalau takde majlis mcm ni, jangan harap lah aku na...
Leka, Liku Hidupku