Langkau ke kandungan utama

Puas Hati

Rumah dah siap, pahat dan tukul masih berbunyi.

Itulah yg aku boleh sifatkan dengan majlis kitorang Sabtu lepas. Masih ada sohseh sana sini tidak puas hati. Timbul salah faham lah. Sampai ada pemenang rasa ragu-ragu kemenangan mereka.

Come on lah! Suka-suka je semua tuh. Yg mengundi calon faberet mereka tu kenapa nak emosi sangat?

Nak penghargaan bagi aku tak perlu diangkat jadi staf terbaik, kalau setakat dapat hadiah sekian-sekian, diam-diam gaji kau sama aje statusnya.

Itu sebab, dalam situasi begini aku ambil sikap tak ambil port. Bukan serius pun!

Sama jugak lah dgn keje rakam video dan ambil gambar aku sepanjang majlis tuh. Semuanya aku buat sekadar suka-suka, syok sendiri.

Ada orang ambil peduli hasil kerja aku tuh?

Most likely not!

Jadi aku nak murung, memuncungkan bibir?

Aku sekadar ambil peluang dalam suasana majlis begitu utk kutip pengalaman. Sebab aku nak pengalaman2 yg aku dapat tuh utk memperbaiki diri. Kalau takde majlis mcm ni, jangan harap lah aku nak acu kamera tangkap gambar itu ini.

On personal level, hasil kerja aku kali sangat memuaskan hati aku. Kena segala perisa yg aku nak.


Berpuashati dengan video yg aku siapkan, acara kemuncak pada sebelah malamnya aku lebih santai. Ada jugak terfikir nak ketip sana ketip sini, tapi ternyata aku lebih kekok ambil gambar dari ambil video. Itu sebab aku tak letak harapan sangat yg gambar2 yg aku ambil nanti menarik.

Ni dah bbrp hari berlalu pun aku masih belum jenguk gambar2 yg aku tangkap.

Kalau ada bagus dan mencukupi bilangannya, aku fikir nak bikin satu photobook.

Kadang-kadang hasil kerja kita ni tak cukup ditatap pada skrin Amoled. Bila iya dicetak pada kertas, dibukukan baru timbul rasa bangga dalam hati.


Ini babak selepas tamat majlis.

Orang semua sibuk mengemas aku tetap bikin wayang.

Mengakhiri entri kali ni aku tinggalkan pembaca menonton sebahagian klip-klip yg aku tak gunakan pada feature video.


Enjoy it!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...