Langkau ke kandungan utama

Kababom

Mengapa kah malam-malam buta ni aku tergigit lidah? Siapa kah gerangan yg menyebut-nyebut nama aku nih?

Kalau boleh gugel carik sape kan senang.

Dah helok bukak komputer tuh aku terus aje lah bukak belog. Eh, ada komentar yg menunggu utk diterbitkan. Siap berhashtag bagai ah!

Sejak hujung bulan lepas dan sampai ke la, aku sibuk memanjang. Sibuk sampai minggu ke dua bulan dua tu tipu lah. Tapi awal2 bulan dua tu agak tak menyempat nak menjenguk belog nih.

Terlintas jugak hati nak jenguk, tapi bila dah ada benda lain yg nak ditatap terus lupa.

Kenapa kah sampai kau boleh lupa tuhhh.


Ha tu lah. Baru-baru ni aku hangkut satu komputer riba. Barang baru, mesti lah nak belek setiap sudut. Cuba itu, cuba ini. Pasang itu, pasang ini. Mana lagi nak hapgred lagi. Dalam tempoh yg singkat tuh aku sendiri lama-lama LOST.

Semua ni aku patut lalui secara berperingkat. Berbulan pun tak pe asal setiap satunya didalami sesungguh mungkin. Skrg bila aku dah tahu yg aku kena hapgred dulu baru boleh nak guna format fail sekian-sekian, hasrat pun terbantut berlagu kecewa.

Jadi kau Alizam Jonie, guna perisian yg mudah-mudah sahaje dulu. Perisian yg tak makan sangat sumber kuasa komputer.

Skrg pakai mana yg boleh angkat 8gb ram tuh. Dua tiga bulan dari skrg baru lah ko up ke 16gb dan seterusnya 32gb.

Tak sabar punya pasal kan? Tu lah jadinya.

Ini lagi tinggal seminggu majlis gilang gemilang nak berlangsung di mana aku ditugaskan utk merakamkan momen2 annual dinner yg dibuka dengan sukaneka pada sebelah paginya.

Tinggi jugak harapan tu nak buat macam-macam, tapi sampai skrg aku blom dpt video slider yg berkenan saiz dan juga harganya.

Dah begitu aku pun pikir2, helok aku tak payah letak harapan apa2 lah.

Nak buat kababom sangat, nanti kang lain yg aku buat.

Just be ready, hope luck on my side dpt menangkap detik2 unik dan spontan sepanjang berlangsungnya majlis tuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...