Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

RIP Cigu Jagen

Nampaknya tahun ni menerima berita sedih pemergian seorang guru yg pernah mengajar aku di sekolah dulu selepas tiga tahun melawan kanser prankeas. Sedihnya tu tak sempat jumpa sebab tahu-tahu dah pergi itu pun melalui pesbuk seorang kenalan yg berkursus bersama tahun 2013. Cerita-cerita rupanya si kawan adalah adik ipar cikgu Jagen. Lebih mengejutkan, si kawan pernah bersekolah di Kudat. Tapi tulah seluas-luas Kudat tu kami tidak ditemukan di sana. Agaknya jodoh pertemuan kami jumpa di kursus NDTS tahun 2013 tuh. Aduh kecil jak rupanya dunia ni kan? Apa pun takziah buat keluarga mendiang cikgu Jagen. Semoga roh mendiang tenang di sana.

Hari Ibu

Marah pengguna Digi di Sabah kelmarin bila berlaku gangguan talian hampir sepanjang hari. Kebetulan pula jatuh pada hari Ibu, hari yg dianggap penting, makin bertambah-tambah marah lah pengguna Digi sampai ada yg menyatakan niat utk tidak mahu membayar bil bulan ini. Ya, kelmarin 14 Mei seluruh dunia menyambut hari Ibu. Menyambut ada pembuka dan penutup quote yea. Jujurnya, sepanjang hampir 40 tahun aku hidup, ini adalah kali pertama aku rasakan kemeriahannya. Bukan sebelum ini tidak ada tapi kali ni mcm ramai, pengguna pesbuk khususnya berlumba-lumba membuat ucapan. Tak cukup ucapan ada yg meraikan ibu mereka dengan sebiji kek, memanjakan mereka dengan hadiah dan macam-macam lagi mengikut kemampuan masing-masing. Untung lah emak yg ada anak poket penuh! Kalau trend begini berterusan, nampaknya amalan ini akan meresap ke dalam budaya kita. Bagi kapitalis yang bijak mengeksploitasi peluang, hari Ibu boleh dikomersilkan. Mungkin dari semurah kek "hari ibu" ke pake...

RIP Irwan Wijaya

Selamat Hari Buruh! Aku pasti hari ni mesti ramai yg berfoya-foya menghabiskan baki cuti yg ada. Ada yg aku tengok sempat lagi bercuti ke luar negara. Sementara yg lain mengambil kesempatan shopping raya. Elok sangatlah tuh. Besok dah nak raya, Kota Kinabalu bakal sesak jem tak sudah-sudah. Skrg ni bukan tak jem tapi tak seteruk bila dah masuk bulan puasa nanti. Aku takde rancangan nak shopping raya. Kalau ada pun rasaya pesan atas talian ajelah. Tua2 ni takde mood sangat nak beraya. Janji ibadah puasa berjalan baik, kesihatan berterusan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Hari ni aku pertama kali cuti pada hari buruh. Dikesempatan tuh aku selak2 jugak lah akaun2 insta yg aku folo dan alangkah terkejutnya aku bila mendapat berita kenalan dari tanah seberang sudah pergi. Hampir-hampir tak percaya dengan foto funeral yg mungkin dimuatnaik oleh keluarga. Siasat2 di pesbuk, rupa2nya kenalan2 yg lain sudah juga melafazkan takziah, RIP kepada mendiang Irwan Jaya. Mendiang Irwan ...