Langkau ke kandungan utama

Hari Ibu

Marah pengguna Digi di Sabah kelmarin bila berlaku gangguan talian hampir sepanjang hari. Kebetulan pula jatuh pada hari Ibu, hari yg dianggap penting, makin bertambah-tambah marah lah pengguna Digi sampai ada yg menyatakan niat utk tidak mahu membayar bil bulan ini.

Ya, kelmarin 14 Mei seluruh dunia menyambut hari Ibu. Menyambut ada pembuka dan penutup quote yea.

Jujurnya, sepanjang hampir 40 tahun aku hidup, ini adalah kali pertama aku rasakan kemeriahannya. Bukan sebelum ini tidak ada tapi kali ni mcm ramai, pengguna pesbuk khususnya berlumba-lumba membuat ucapan.

Tak cukup ucapan ada yg meraikan ibu mereka dengan sebiji kek, memanjakan mereka dengan hadiah dan macam-macam lagi mengikut kemampuan masing-masing.

Untung lah emak yg ada anak poket penuh!

Kalau trend begini berterusan, nampaknya amalan ini akan meresap ke dalam budaya kita.

Bagi kapitalis yang bijak mengeksploitasi peluang, hari Ibu boleh dikomersilkan.

Mungkin dari semurah kek "hari ibu" ke pakej high tea "bersama ibu", segala kemungkinan boleh menciptakan punca pendapatan.

Tengok sajalah hari guru, masa aku belajar dulu disambut sederhana dengan membuat majlis di sekolah. Sekarang rata-rata murid memberi hadiah kepada guru atau guru-guru yg mereka sayangi.

Bukan melarang budaya memberi hadiah begini, tapi sebenarnya guru-guru tidak perlu disogok hadiah pada hari tertentu tetapi hendaklah dihormati dan disanjungi bukan semasa mengajar sahaja walhal selama dia hidup.

Demikian juga la halnya dengan Ibu.

Pada hari Ibu saja kah kita luangkan masa, memberi layanan hebat kepada mereka?

Ikutnya hari-hari adalah hari Ibu. Bukan pada satu hari khas.

Ucapan itu mungkin bunga-bunga yg mengharumkan, tetapi hakikatnya yg tidak diucapkan itulah yg paling penting.

Jasa bakti itu tidak boleh dicurahkan pada satu hari tertentu, tetapi setiap masa dan ketika.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...